Ads Top

Playdate Pilih Kedah Untuk Bangunkan Sebuah Permainan Konsol Terbaru

Untuk kaki permainan video, ini berita baik untuk korang. Kalau sebelum ni anda selalu habis masa berjam-jam di rumah atau bilik semata-mata untuk memenuhi hobi, kali ni korang boleh bawa sendiri ‘permainan’ tu ke mana-mana sahaja yang korang mahu. Yup, sebab ia bersaiz kecil dan boleh diletakkan di dalam poket.

Sekali pandang, mesti akan terbayang karakter Pickachu dalam Digimon dengan warna kuning terang tu. Permainan retro alaf baru ini didatangkan dengan pas bermusim selama 3 bulan yang dibangunkan oleh pereka cipta terkemuka.

Ia dinamakan Playdate, ia dibangunkan oleh Panic Inc yang merupakan syarikat perisian dan permainan video berasaskan Oregon yang spesefik dalam aplikasi untuk macOS dan iOS. Ciptaan ini direka dengan usahasama Panic Inc dan sebuah syaikat Sweden.

Lebih mengagumkan adalah apabila perisian ini dibangunkan di Sungai Petani, Kedah, Malaysia. Menurut PlayDate, pihaknya telah dicadangkan Kedah sebagai tempat terbaik untuk membangunkan projek ini. Lalu kami telah beberapa kali melawat ke sana tahun lepas dan benar-benar jatuh cinta dengan keindahannya, masyarakat dan makanannya yang enak.

Permainan yang dijangka akan dijual tahun hadapan (2020) ini didatangkan dengan paparan monokrom 400 x 240, 27  inci. Malah apabila peranti ini, kita seolah-olah dibawa pulang ke masa silam mengingati permainan Nintendo’s Game Boy. Peranti ini mempunyai dua pad direction, dua butang. Dan apa yang membezakannya adalah ia mempunyai pemutar di sebelah kanan peranti berkenaan.

Permainan ini dicipta oleh Katamari Damacy, Keita Takahashi dan ia menggunakan pemutar tersebut sebagai pengawal utama. Jangan terkejut kerana ia juga dilengkapi dengan bluetooth dan Wi-fi.

Sumber : Sea Mashable




No comments:

Powered by Blogger.