Ads Top

Main PUBG 6 Jam Tanpa Henti, Remaja Ini Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Kerana terlalu ketagih untuk bermain permainan video PlayerUnknown Battlegrounds (PUBG) akhirnya seorang remaja ini menerima padah apabila mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas bermain PUBG selama 6 jam tanpa henti.

Remaja yang berusia 16 tahun, berasal dari bandar Neemuch Madhya Pradesh mengalami serangan jantung dan rebah selepas 6 jam bermain PUBG, terus dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut ayahnya, insiden ini berlaku ketika mereka sekeluarga mengunjungi majlis perkahwinan saudaranya. Dia bermain setelah usai makan tengah hari dan berterusan selama enam jam. Sebelum dia rebah, dia menjadi tertekan dan mula menengking pemain lain.

Adiknya juga berkata abangnya melenting sehingga menghentak telefon pintar ke arah kepalanya kerana tidak berpuas hati dengan rakan sepasukannya. Mangsa kemudiannya rebah dan dikejarkan ke hospital. Namun, doktor tidak dapat berbuat apa kerana dia sudah meninggal dunia.

Menurut laporan India Today, keghairahannya bermain PUBG mugkin menyebabkan adrenalinnya mengalir deras sehingga berlaku serangan jantung. Dr Ashok Jain merayu kepada generasi muda supaya mengelakkan daripada bermain permainan video seumpamanya kerana ia boleh menyebabkan serangan jantung.

Terdahulu, pada laporan lepas menunjukkan bahawa seorang lelaki berusia 20 tahun di Telangana telah meninggal dunia selepas bermain PUBG selama lebih sebulan. Kemudian, laporan berasingan menjelaskan bahawa seorang remaja lelaki menderita penyakit serius akibat ketagihan PUBG.

Sumber: India Today




No comments:

Powered by Blogger.