Ads Top

Isteri Bantah Keinginan Adam Levine Mahu Lima Orang Anak

Kehidupan alam rumah tangga antara penyanyi Adam Levine dan supermodel Behati Prinsloo setakat ini kelihatan terus bahagia. Sejak berkahwin pada tahun 2014, pasangan berkenaan memang selalu tampil mesra dan saling menyokong antara satu sama lain.

Baru-baru ini, Behati menyatakan bahawa suaminya menginginkan agar mereka menambah cahaya mata dalam waktu dekat. Seperti yang diketahui, Adam dan Behati telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Gio Grace Levine dan Dusty Rose Levine.

Menerusi sebuah program televisyen baru-baru ini, model Victoria’s Secret tersebut mendedahkan bahawa sang suami menginginkan lima orang anak.

Bagaimanapun, Behati ternyata tidak bersetuju dengan keinginan suaminya itu sambil menjelaskan bahawa memiliki tiga atau empat orang anak sudah mencukupi.

“Sudah tentu Adam tidak boleh mendapatkan segalanya kerana aku yang akan mengandung mereka,” tegasnya sambil tertawa mengenai perkara itu.

Sebelum ini, Adam memang pernah memberitahu bahawa dia dan sang isteri sememangnya ingin memiliki jumlah anak yang ramai.

“Aku ingin memiliki ramai anak. Dia (Behati) adalah merupakan anak tunggal, jadi dia menginginkan 100 bayi,” selorohnya.

Anak pertama mereka, Dusty Rose lahir pada tahun 2016 dan kemudian anak kedua mereka iaitu Gio Grace lahir pada Februari 2018 lalu.

Hingga kini, Adam dan Behati sendiri selalu berusaha keras untuk menjaga privasi kedua-dua anak mereka dari umum, bahkan enggan memuatnaik foto Dusty dan Gio di akaun media sosial mereka. – KopiPlanet.com

The post Isteri Bantah Keinginan Adam Levine Mahu Lima Orang Anak appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.