Ads Top

Michael Ang Lega Tidak Perlu Sorok-Sorok Pergi Sembahyang Raya

Pengumuman pengarah Michael Ang mengenai kisahnya memeluk agama Islam sebelum bulan puasa lalu ternyata mendapat reaksi ramai pihak termasuk daripada peminat serta rakan selebriti dan rata-ratanya melahirkan kesyukuran di atas penghijrahannya yang sudah masuk tahun kedua pada tahun ini.

Bercerita lebih lanjut tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Michael atau lebih senang disapa Mike berkata, sempena dengan kehadiran Aidilfitri kali ini dia akan melakukan rutin sama seperti tahun lepas, namun kali ini dia sudah tidak perlu menyorok untuk melakukan solat sunat hari raya.

“Tahun ini saya dah tak perlu sorok-sorok pergi sembahyang raya sebab tahun lepas saya pergi solat raya lepas semua jemaah dah balik dan kemudian saya akan berkunjung ke rumah ibu.

“Walaupun ibu saya beragama Buddha, dia ambil berat dengan keperluan saya. Malah, dia pun dah beli periuk khas untuk masak lauk saya. Kami akan beraya bersama-sama di Kuala Lumpur dan semua juadah raya akan disediakan dengan pertolongan pembantu rumah saya,” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai imejnya yang kini kelihatan semakin langsing, Mike menjelaskan ia adalah kesan daripada pembedahan penyakit gastrik yang dilakukannya pada November tahun lalu.

“Memang pembedahan tersebut telah menurunkan berat badan saya, tetapi saya buat bukan untuk tujuan kecantikan. Sebaliknya, saya lakukan ini atas nasihat doktor demi kesihatan saya.

“Ini penyakit gastrik yang saya alami lama-kelamaan akan hilang sekiranya saya tidak culas untuk makan ubat,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Michael Ang Lega Tidak Perlu Sorok-Sorok Pergi Sembahyang Raya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.