Ads Top

Arif Bahran Mudah Menitiskan Air Mata Ketika Pagi Syawal

Penyanyi Ariff Bahran atau nama sebenar Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 21, mengakui dia seorang yang mudah menitiskan air mata menjelang pagi Syawal ketika sesi bermaaf-maafan sesama keluarga diadakan.

Menurut pemuda berusia 21 tahun itu, dia merupakan seorang yang sukar untuk memohon maaf, tetapi sekali sudah bermaaf-maafan air mata pasti tidak lekang mengalir di wajahnya.

“Kalau nak tahu saya orangnya sukar nak melafazkan maaf dan menangis, cuma apabila di pagi Syawal saya tanpa segan silu pasti akan mengalir air mata ketika sesi bermaafan diadakan.

“Masa itu saya sudah tak kisah nak control macho ke apa, memang saya menangis all out. Kebiasaannya kami sekeluarga akan bersalam-salaman selepas balik solat raya,” katanya kepada KopiPlanet.com

Arif juga berasa seronok apabila tahun ini merupakan tahun pertamanya memberikan duit raya kepada adik-beradik serta sepupu-sepupunya yang masih kecil.

Ujarnya, ini merupakan tahun pertama dia memberikan duit raya dan sudah memperuntukkan sebanyak RM500 untuk diagihkan kepada adik-beradik dan sepupunya yang masih kecil.

“Untuk raya tahun ini saya akan beraya dengan saudara sebelah ibu dahulu di Sungai Buloh sebelum sambung beraya di belah ayah di Ulu Langat pula.

“Saya ambil cuti selama seminggu bagi menziarahi sanak-saudara sebelum kembali mengadakan persembahan pentas selepas itu,” katanya yang lebih senang memakai kembali baju raya tahun lepas bagi mengelakkan pembaziran. – KopiPlanet.com

The post Arif Bahran Mudah Menitiskan Air Mata Ketika Pagi Syawal appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.