Alyah Sudah Lali Dengan Pertanyaan Tentang Cahaya Mata
Penyanyi Datin Noor Hasliah Abu Hasan atau lebih sinonim dengan panggilan Alyah menyatakan bahawa dirinya sudah lali dengan pertanyaan mengenai cahaya mata.
Bagi Alyah, dia sememangnya sudah bersedia dengan soalan-soalan sebegitu apabila pergi berkunjung ke rumah saudara mara ketika Aidilfitri.
“Apabila ada orang yang tanya, saya akan okey sahaja dan tidak pun ada rasa marah. Lagipun saya jenis yang tidak akan mengelak untuk ditanya sebarang soalan.
“Walaupun soalan yang ditanyakan itu seperti ditusuk pisau, saya tidak akan lari kerana sejak dahulu lagi saya sudah diajar oleh keluarga supaya berani menghadapinya,” ujar penyanyi berkenaan.
Menurutnya, biarpun memiliki anak itu adalah satu keinginan buat dirinya, bagi penyanyi berkenaan Allah adalah sebaik-baik perancang.
“Sudah enam tahun berkahwin dan saya pun memang dah lali dengan pertanyaan sebegitu. Sepanjang bergelar artis ini juga ia banyak mengajar saya untuk belajar menghadapi dugaan,” ujarnya isteri kepada Datuk Ramli MS itu.
Ditanya mengenai perkembangan karier nyanyian pula, Alyah memberitahu dia merancang untuk mengadakan showcase atau mini konsert sempena 20 tahun dia berada dalam industri seni.
“Ini bukanlah satu janji… cuma saya berharap ia akan dapat direalisasikan. Saya memang tengah berusaha bersungguh-sungguh untuk ke arah itu,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Alyah Sudah Lali Dengan Pertanyaan Tentang Cahaya Mata appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: