(Video)Penyanyi Wanita Ditahan Bela Anak Beruang Dilindungi
Kuala Lumpur, 7 Jun: Seorang penyanyi wanita berusia 27 tahun ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerani disyaki memelihara seekor anak beruang matahari di kediamannya di Desa Pandan, semalam.
Penyanyi tersebut ditahan setelah pihak berkuasa membuat pemeriksaan mengejut di kondominiumnya atas maklumat awam.
“Wanita itu tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen pemilikan beruang itu,” kata Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim ketika dihubungi media.
Penyanyi wanita tersebut disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2020 (Akta 716) kerana memiliki hidupan liar yang dilindungi.
Sebelum itu, sebuah video yang memaparkan seekor anak beruang cuba melepaskan diri dari tingkap kondominium tersebut tular di laman sosial.
Sumber: Bernama
No comments: