Ads Top

Produk Henti Merokok NCIG Buka Cawangan Pertama Di Kuala Lumpur

Produk alternatif berhenti merokok, NCIG yang kian mendapat sambutan semakin mengorak langkah apabila membuka cawangan pertamanya, NStore di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NCIG, Sharifuddin Bujang atau lebih mesra dengan panggilan, PakDin, pembukaan cawangan pertama ini sangat dinantikan pelanggan mereka kerana setakat ini seramai 60,000 pengguna sudah beralih daripada rokok kepada peranti NCIG.

“Selain pembukaan cawangan di Kuala Lumpur, kami juga dalam perancangan untuk membuka dua lagi cawangan baharu di sekitar di KL. Kewujudan NStore ini adalah untuk menyenangkan pelbagai pihak daripada ejen, pengedar dan pelanggan kami.

“Di sini kami menyediakan pelbagai perkhidmatan, antaranya pelanggan dapat rasa perisa ataupun peranti baharu sebelum membuat pembelian. Kami juga amat mementingkan kualiti supaya pengguna dapat merasai sendiri pengalaman sebelum dan selepas menggunakan NCIG,” katanya.

Ujarnya, majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini berlangsung meriah dengan kedatangan pelanggan NCIG yang mahu mendapatkan dua perisa terbaharu yang diperkenalkan iaitu Butterscotch dan Grape.

Menurutnya lagi, pembukaan premis pertama di Kuala Lumpur dilihat cukup strategik bagi memudahkan pelanggan di sekitar Lembah Klang untuk membeli peranti NCIG.

NStore setakat ini menawarkan sebanyak enam variasi perisa iaitu Red Vanilla, Tobacco, Mango, Cool Mint, Butterscotch dan Grape berharga RM45 sekotak. – KopiPlanet.com

The post Produk Henti Merokok NCIG Buka Cawangan Pertama Di Kuala Lumpur appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.