Ads Top

Lia Natalia Letak Sasaran Nak Kahwin Sebelum Usia Cecah 30

Sudah tiga tahun menyulam cinta dengan kekasih hati, pelakon Lia Natalia ada meletakkan sasaran untuk melangkah ke jinjang pelamin sebelum usianya mencecah 30 tahun.

Menurut Lia atau nama sebenar, Alia Afiqah Abden, 27, dia dan teman lelaki yang dikenali sebagai Azizi, 27, masing-masing sudah bersedia untuk ke fasa seterusnya namun kekangan masa menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan hasrat itu buat sementara waktu.

“Saya tidak tahu lagi bila perancangan untuk berkahwin tapi saya ada tetapkan sasaran nak kahwin sebelum usia cecah 30 tahun dan teman lelaki tahu tentang target saya itu.

“Kalau boleh kami memang nak kahwin secepat mungkin tapi faktor kekangan masa menjadi penghalang memandangkan kami duduk berjauhan.

“InsyaAllah, bila tiba masanya saya berkahwin saya pasti akan kongsi dengan semua. Benda baik buat apa nak sorok-sorok kan,” kata Lia kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi kasut kolaborasi The Flickstore x Lia Natalia yang diadakan di Panggung Asia, Gombak semalam.

Aktres kelahiran Sabah itu bekerjasama dengan The Flickstore mengeluarkan tiga jenis model kasut yang diberi nama Latifah, Norli dan Ara yang dijual dari harga RM179 hingga RM189 sepasang.

Bercerita lanjut tentang teman istimewanya itu, Lia menyatakan dia sudah lama mengenali Azizi sejak di bangku sekolah dan pertemuan kembali sejak tiga tahun lalu mencambahkan rasa cinta di hati mereka.

Tidak berselindung, Lia turut berkongsi cerita dia sering kali menerima kiriman mesej daripada individu yang ingin berkenalan rapat dengannya namun Lia sama sekali tidak melayan perkara sebegitu bagi menjaga kesejahteraan hubungannya dengan teman lelaki.

“Tidak dinafikan saya ada dapat mesej-mesej daripada orang yang berkenalan rapat dengan saya, tapi saya ambil langkah buat tidak layan sahaja.

“Bukan saya sahaja, si dia pun sering didatangi wanita-wanita lain yang mahu berkenalan dengan dia. Tapi, kami masing-masing saling percaya di antara satu sama lain. Kalau tak layan, benda (curang) itu tidak akan jadi juga,” kata Lia lagi.

Bercerita mengenai perkembangan seni, Lia akan berehat sepenuhnya pada bulan Ramadan bagi memberikan fokus terhadap ibadah puasa selain meluangkan masa berbuka puasa dengan anak-anak yatim. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.