Ads Top

Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Pada Bulan Ramadan

(Perkongsian dalam video di atas telah disampaikan oleh Imam Mohammad Hoblos, dibawakan oleh IluvUAllah Production)

Bulan Ramadan merupakan bulan di mana orang berlumba-lumba untuk melakukan amalan kebaikan. Bayangkanlah jika kita telah jauh dariada Allah selama setahun, maka tiba Ramadan, pasti kita ingin kembali mendekatkan diri kepada Allah, tetapi kita perlu bertindak dengan bijak dan berstrategi.

Rancang dengan spesifik apa yang ingin anda lakukan, jika tidak anda akan hanya bersemangat pada awal Ramadan sahaja. Tidak mengapa amalan yang ingin dilakukan itu sedikit asalkan benar-benar lahir daripada kehendak anda sendiri untuk berubah.

Contohnya anda ingin menunaikan solat jemaah di masjid sekurang-kurangnya sekali seminggu, atau jika sebelum ini anda jarang sekali membuka dan membaca Al-Quran, maka mungkin anda boleh meletakkan target untuk membaca sebanyak satu muka surat sehari.

Yang penting, jadi realistik, spesifik dan konsisten dengan apa yang ingin dilakukan pada bulan Ramadan. Semoga dengan strategi ini, kita akan lebih merasai manfaat serta keberkatan yang dibawa Ramadan.




No comments:

Powered by Blogger.