Ads Top

7 Tangkai eWallet; Satu Program Infaq Oleh TNG Digital

Touch ‘n Go Digital merupakan salah satu landskap eWallet yang membekalkan platform yang dipercayai, pantas dan mudah digunakan dengan gaya hidup terkini.

Tanggal 2 May 2019 bertempat di Kuala Lumpur, TNG Digital telah mengumumkan kolaborasi mereka dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama dengan 40 buah masjid yang bakal disenaraikan untuk bersama-sama menyertai program ‘7 Tangkai: Jom Infak’.

Program ini telah menyediakan platform yang mudah kepada pengguna untuk menderma wang kepada masjid dengan hanya menggunakan Touch ‘n Go ewallet (eWallet).

Menurut CEO kepada TNG Digital Sdn. Bhd, Syahrunizam Samsudin, program ini diadakan bertujuan untuk membentuk dan mengubah persepsi baru terhadap proses derma yang dilakukan. Dalam masa yang sama ia dapat memudahkan masyarakat pada hari ini untuk menderma.

Setakat hari ini, terdapat 10 buah masjid disekitar Kuala Ljmpur yang telah tersenarai untuk program ini, iaitu:

1. Masjid ar-Rahah, Bangsar South
2. Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Menjalara
3. Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati
4. Masjid Jamek, Kampung Baru
5. Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa
6. Masjid Abd Ar-Rahman Auf, Taman Yari
7. Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru
8. Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju
9. Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail
10. Masjid Al-Ghufian, Taman Tun Dr Ismail

Bagi 30 buah masjid yang berbaki akan diumumkan sehingga akhir tahun ini.

Menurut Tuan Hj Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkata, mereka yakin dengan adanya kolaborasi ini akan dapat meningkatkan interaksi di antara masyarakat dan masjid.

Hal ini kerana, program menderma dengan menggunakan kemudahan digital ini adalah langkah pertama yang diambil dengan harapan lebih banyak lagi aktiviti masjid bersama masyarakat seperti ini akan diwujudkan.

Dalam Islam, derma dan sedekah digalakkan kerana ia merupakan kebajikan dan amal jariah yang akan sentiasa mengalir.

لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّـهَ بِهِ عَلِيمٌ

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Surah Al-Imran, 3:92)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman https://www.tngdigital.com.my/ atau www.facebook.com/touchngoewallet/.




No comments:

Powered by Blogger.