Ads Top

Che Ta Lancar Kad Sim Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan

Setelah menceburi pelbagai cabang perniagaan, pelakon cantik Rozita Che Wan atau lebih sinonim dengan Che Ta kini terbabit dengan bidang komunikasi.

Baru-baru ini, Che Ta baru sahaja melancarkan Kad Sim Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan dengan kerjasama My International Mobile Sdn. Bhd.

Che Ta berkata, idea untuk melancarkan kad prabayar eksklusif tersebut datang daripada keinginannya untuk memberikan satu penghargaan kepada semua peminat yang sekian lama menyokongnya.

“Saya mahukan satu platform komunikasi yang berterusan antara saya dan peminat. Kita semua tahu bahawa mereka semua memiliki telefon bimbit dan menggunakan sosial media untuk mengikuti perkembangan saya.

“Jadi, peminat saya harus mendapat faedah yang lebih daripada sekadar menjadi pengguna kad prabayar. Mereka perlu mendapat lebih banyak lagi faedah-faedah lain,” ujarnya.

Menurut Che Ta, peminat akan menikmati pelan panggilan yang super jimat yang menawarkan jumlah minit panggilan sehingga tiga kali ganda lebih banyak berbanding prabayar lain dengan kadar panggilan yang murah.

Jelasnya lagi, mereka juga boleh menikmati data internet tanpa had kelajuan dan tanpa had akses di seluruh negara tanpa mengira masa.

“Setiap pengguna kad prabayar eksklusif ini juga akan mendapat Perlindungan Takaful Kemalangan Peribadi bernilai RM1,500 secara percuma.

“Mereka juga boleh mengumpul point bagi setiap tambah nilai dan menukarkannya kepada baucer barangan di Giant, Mydin, Watson, KFC, Starbuck dan banyak lagi di seluruh negara,” ujarnya.

Menurutnya, pihaknya turut menawarkan peluang kepada hanya 500 orang peminat terawal untuk menjadi wakil pengedar kad prabayar Glamor Edisi Eksklusif Rozita Che Wan. – KopiPlanet.com

The post Che Ta Lancar Kad Sim Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.