Ads Top

Zara Zya Sedih Ada Individu Hina Dirinya Dan Keluarga

Pelakon popular Zara Zya meluahkan kesedihan apabila dirinya dan keluarga dihina oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, pelakon berkenaan tertanya-tanya apa kesalahan yang telah dilakukan sehingga individu berkenaan menulis kata-kata yang menghina dia dan keluarga.

“Hina sangat ke kalau saya nak berniaga? Tak tau la kenapa, tapi ayat yang dia tulis tu betul-betul buat saya sedih sangat.

“Saya sedar saya ni bukan hebat sangat meniaga. Tapi apa salah saya? Siap cakap pasal family saya. Kalau kritikan tu untuk saya je, saya boleh terima. Tapi bila sentuh bab family, memang saya sedih sangat,” luahnya.

Antara hinaan yang dilemparkan individu berkenaan seperti menuduh dirinya tidak pandai pandai berniaga dan mengatakan keluarganya adalah kedana (miskin)

Malah, individu tersebut juga menyatakan produk jualannya adalah haram kerana menggunakan duit hasil berlakon untuk menjalankan perniagaan.

“Produk saya tu tak haram. Sampai hati cakap macam tu. Kalau berani jumpa saya depan-depan lah. Apa yang dia sakit hati sangat?” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Zara Zya

The post Zara Zya Sedih Ada Individu Hina Dirinya Dan Keluarga appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.