Ads Top

Si Anak Memaksa Ibunya Belikan IPhone Untuk Hadiah Buat Kekasih

Baru umur 15 tahun dah melakukan perkara macam itu kepada orang tuanya bayangkan apabila besar nanti bagaimana yang dilakukan kepada ibunya. Berikut adalah perkongsian seorang pekerja di kedai telefon yang melihat perkara itu.

Semalam, aku dapat seorang customer, seorang anak dan ibunya datang. Ibu dia sakit kaki, macam tak berdaya nak berjalan. Aku pun berikan layanan. Aku:- Assalamualaikum makcik, kami ada set handphone, laptop dengan barangan rumah.

Ada tiga cara bayaran, cash, kad kredit dan ansuran mudah. Ibu:- Kalau ansuran mudah macam mana cara dia? Aku:- Kalau ansuran mudah, sediakan penyata gaji, salinan kad pengenalan dan penyata bank. Kalau malas nak pergi bank buat penyata bank, bagi je nombor akaun,

saya buatkan penyata bank. Makcik nak apa, saya kirakan sekali bayaran bulanannya. Paling maksimum bayaran boleh sampai tiga tahun saja. Anak:- Okay bang, berapa eh sebulan untuk iPhone 6 Plus 128GB dengan Samsung Note 4?

Aku:- *terus ambil kalkulator kira* Okay, kalau dua handphone, RM296 untuk sebulan selama 3 tahun. (Sambil tersenyum aku tengok, muka makcik itu yang macam resah. Aku tahu makcik tu orang susah). Anak:- Okay, Ibu jadi eh? Boleh eh?

Ibu:- (Hanya mampu mengangguk mengikut kehendak anak dia) Aku:- Beli handphone sampai dua, satu siapa punya? Umur adik berapa? Anak:- Yang Samsung Note 4 itu saya punya, yang iPhone 6 128GB tu saya nak hadiahkan kepada makwe saya bang.

Minggu depan hari lahir dia. Umur 15. Aku:- (Mengucap dalam hati, sambil geleng kepala. Ya Allah, macam ni sekali anak dia buat kat Ibu dia? Ibu dia yang bayar bulan-bulan, senang-senang je anak bagi kat makwe dia).
Ibu dia terus keluarkan dokumen, aku tengok penyata gaji Ibu dia

sebulan cuma RM950. Aku:- Okay makcik, nanti saya proses. Dalam masa seminggu akan dapat jawapan lulus ke tak. Ibu:- Okay, baik dik. Terima kasih. (Dengan wajah seperti pasrah dengan kehendak anak dia) Aku:- Okay sama-sama makcik. Datang lagi.

(Aku senyum dengan rasa bersalah tengok keadaan Ibu dia yang kaki tempang berjalan keluar). Ya Allah macam nak menangis tengok. Astaghfirullah.. kuatkanlah dirimu engkau wahai si Ibu moga tempatmu di sana nanti dikalangan orang-orang beriman….

Sumber : FB Siti Sara Aisyah Mustapha

10 PERKARA YANG IBU ANDA TIDAK PERNAH CERITAKAN KEPADA ANDA
Umum mengetahui, ibulah orang yang paling rapat dengan kita sejak kita dilahirkan. Bermulalah daripada mengandungkan kita sehingga kita besar dan berpisah jarak yang mana si anak akan tinggal berasingan untuk belajar dan juga bekerja.

Kadang-kadang sehingga kita lupa akan ibu kita yang jauh di kampung halaman. Walaupun sering mengirimkan wang ringgit bagi perbelanjaan mereka adakah itu sebenarnya bagi mereka? Sudah tentu tidak melainkan dapat melihat anak-anak di depan mata lebih-lebih lagi ketika mereka sudah tidak berupaya menjalankan tugas harian seperti biasa.

Maka di sini ingin kamii kongsikan 10 perkara yang mana apakah yang dilakukan mereka sejak anda kecil dan apakah pengorbanan yang dilakukan mereka semenjak dia mula mengandungkan anda. Supaya anda tahu siapa anda sebenarnya di hati mereka. —Siakapkeli.my

1. Anda membuatkan dia menangis
Dia menangis ketika tahu mengandungkan anda. Dia menangis setelah melahirkan anda. Dia menangis kerana bahagia. Dia menangis kerana ketakutan. Dia menangis kerana bimbang. Dia menangis kerana dia memahami anda. Dia turut merasa sakit dan juga bahagianya anda sama ada anda sedar atau tidak.

2. Dia mahukan makanan yang paling akhir
Sekiranya ada potongan kek yang terakhir dalam pinggan, dia sangat mahukannya tetapi apabila dia melihat anda yang comel, bermata bulat besar sedang menjilat keliling bibir dengan lidah kecil anda, dia tidak akan makan bahagian akhir itu. Dia tahu dia akan lebih gembira melihat anda yang memakannya.

3. Dia merasa sakit
Apabila anda menarik rambutnya, apabila anda mencakar dengan kuku tajam anda yang susah untuk dipotong, apabila anda menggigitnya ketika sedang menyusu, ketika anda menendang dan mencakar sewaktu dalam kandungan dan segala kesakitan dibuat oleh anda ketika melahirkan anda.

4. Dia sentiasa ketakutan
Bermula mengandungkan anda, dia akan lakukan segala termampu untuk melindungi anda. Dialah wanita yang berkata ‘Tidak’ kepada anak jiran yang kecil yang meminta untuk mendukung mu. Susahnya hati dia bila tahu tiada apa yang dia mampu lakukan untuk memastikan keselamatan anda.

Sentiasa tidur lewat memastikan anda pulang ke rumah dengan selamat dan bangun awal pagi untuk melihat anda ke sekolah. Ketika tidur, dia sentiasa siap sedia menenangkan anda sekiranya didatangi mimpi buruk ataupun demam pada malam.

5. Dia tahu yang dia tidak sempurna
Dialah yang paling kuat mengkritik diri sendiri. Dia tahu akan segala kelemahannya dan kadang-kadang sehingga membenci diri sendiri. Dia akan merasa segala kekurangan diri apabila memikirkan anda. Walaupun dia mahu menjadi seorang ibu yang sempurna tanpa melakukan apa-apa

kesilapan tetapi dia hanyalah manusia biasa. Dia juga berharap sekiranya boleh mengundurkan masa untuk mengelak kesilapan-kesilapan itu. Maka berbuat baiklah terhadap ibu, dan tahulah yang mereka telah melakukan yang terbaik untuk anda.

6. Dia menatapi ketika anda sedang tidur
Terdapat malam-malam yang dia akan berjaga sehingga jam 3 pagi dan berdoa serta berharap yang anda akhirnya tidur. Dia menahan rasa mengantuk ketika mendodoi anda dengan menyanyikan lagu sambil dalam hati berkata “tidurlah… tidurkan…”. Kemudiannya setelah anda akhirnya tidur dia akan meletakkan anda di sebelahnya dalam keletihan yang belum lagi hilang menatap raut wajahmu yang kecil dan comel.

7. Dia mengandungkan anda lebih dari 9 bulan
Dia belajar mendukung kami ketika menyapu sampah, mendukung anda ketika dia sedang makan sehinggakan ketika dia tidur sekalipun. Lengannya mungkin sakit, belakangnya mungkin sakit tetapi tetap mendukung anda kerana dia mahu anda berada disampingnya.

8. Dia berpatah hati setiap kali anda menangis
Tiada lagi bunyi yang sangat menyedihkan bagi mereka melainkan bunyi tangisan dan air mata yang mengalir ke wajah anda. Dia akan melakukan segala yang termampu hanya untuk membuatkan anda behenti menangis dan apabila dia tidak berjaya, hatinya akan retak seribu.

9. Anda diutamakan
Biarpun dia tidak sempat mandi, makan dan tidur tetapi akan memastikan yang anda mendapat semua itu. Dia mungkin akan menghabiskan seharian semata-mata mendapatkan segala keperluan anda sehingga pada akhirnya dia kehabisan tenaga untuk keperluan diri sendiri. Tetapi keesokan harinya dia tetap akan mengulangi perkara yang sama kerana anda sangat bermakna baginya.

10. Dia mengulangi semua perkara itu
Biarpun segala kesakitan, kesusahan, siang dan malam dilalui oleh ibu kita, dia tetap akan melakukan perkara yang sama untuk kita kerana kita sangat bermakna baginya. Maka, sekiranya anda melihat ibu anda selepas ini, ucapkanlah terima kasih kepadanya. Biarkan dia tahu yang anda juga sayangkan dia.

Kredit:MallocMediaNetwork




No comments:

Powered by Blogger.