Ads Top

Sepucuk Surat Daripada Yang Teristimewa

Al-Quran adalah bukan calang-calang risalah kerana ia adalah kiriman Allah sebagai Tuhan semesta alam buat kita hambaNya.

Sedang enak kita bercanda di rumah, tiba-tiba loceng rumah ditekan berkali-kali. Ya Allah! Kita sangat terkejut kerana melihat kelibat seorang Perdana Menteri sedang berdiri depan pagar rumah membawa sebuah bungkusan dan sepucuk surat.

Saat itu, kita segera melompat menuju ke pintu. Untung apa aku hari ini sehingga Perdana Menteri Malaysia datang ke rumahku?

Dengan senyum simpul, beliau menyerahkan bungkusan dan surat tersebut kepada kita seraya berkata:

“Encik Abdullah! Ini adalah bungkusan dan surat khas dihantar kepada Encik oleh Yang Dipertuan Agung, Tuanku Sultan Abdul Halim.”

Pada saat itu, kita pasti akan sangat bangga kerana dipilih menerima bungkusan dan surat dari yang Dipertuan Agong.

Tambah mengharukan ia dihantar pula oleh Perdana Menteri Malaysia. Sudah semestinya bungkusan dan surat itu perlu dihargai. Setelah dibuka di dalamnya tertulis kemas:

“Encik Abdullah akan beta hadiahkan sekeping tanah siap dengan banglo, sebuah ferrari dan 3 orang gaji jika berjaya menghafaz perlembangaan persekutuan dengan lancar.”

Isinya seakan mustahil, namun kehadiran Perdana Menteri dan cop istana Negara sudah cukup untuk meyakinkan kita bahawa ia janji pasti dari yang Dipertuan Agong.

Itu baru “analogi” antara kita dan dua insan istimewa di Malaysia. Bagaimanakah perihalnya jika kita diberi penghormatan menerima surat dari Tuhan semesta alam.

Surat itu pula bukan dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia, tetapi malaikat terhebat Jibril A.S. Turun pula kepada manusia terbaik Muhammad S.A.W. Firman Allah yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. ia dibawa turun oleh malaikat jibril yang amanah. ke dalam hatimu, supaya engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia) Surah al-Syu’ara’ 26:192-194

Surat kiriman Allah ini bukan calang-calang isinya. Ia memanggil manusia ke sebuah negeri sejahtera iaitu syurga. Firman Allah S.W.T:

ÙˆَاللَّÙ‡ُ ÙŠَدْعُÙˆ Ø¥ِÙ„َÙ‰ دَارِ السَّÙ„َامِ ÙˆَÙŠَÙ‡ْدِÙŠ Ù…َÙ†ْ ÙŠَØ´َاءُ Ø¥ِÙ„َÙ‰ صِرَاطٍ Ù…ُسْتَÙ‚ِيمٍ
Dan Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa (syurga), dan dia sentiasa memberi petunjuk hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu) Surah Yunus 10:25

Seharusnya al-Quran yang dihantar untuk kesejahteraan manusia dimanfaati sebaik mungkin dengan menghayati isi kandungannya.

Ia adalah surat terbuka dari Allah untuk semua makhlukNya. Ia bukan hanya untuk orang Melayu atau Arab.

Ia juga bukan hanya untuk dilagukan dalam musabaqah, bukan hanya untuk ditampal pada dinding, bukan hanya untuk dijampi pada air, bukan hanya untuk dibaca bagi menghalau hantu, tetapi berguna untuk menjadikan manusia sebagai hamba Allah yang sebenar.

Hamba yang bernafas dengan al-Quran pula akan diganjari syurga yang sungguh “mahal hartanahnya.” Sungguh rugi jika anda hanya menjelingnya dari jauh tanpa berbuat apa-apa.

”Ya Allah selamatkan kami dari sikap mengabaikan al-Quran.”




No comments:

Powered by Blogger.