Ads Top

Penganjuran LOPS Cetusan Idea Tujuh Sekawan Bersaiz Besar

Bermula dengan tugasan membawa model-model yang mempunyai saiz badan besar di Borneo Fashion Week pada tahun lalu telah mencetuskan idea buat tujuh sekawan untuk menganjurkan acara seakan-akan ratu cantik iaitu Look Of Plus Size (LOPS).

Bagi ketujuh-tujuh mereka yang juga mempunyai saiz badan yang besar dengan gelaran Xtravaganza Management, mereka menganggap semua manusia ada ruang untuk berjaya tanpa mengira paras rupa dan saiz badan.

“Itu adalah permulaan kepada tercetusnya pertandingan LOPS ini. Kami melihat peluang untuk model yang bersaiz besar menyertai pertandingan agak sukar dan terhad.

“Lagipun ada dalam kalangan mereka ini yang mempunyai bakat tersendiri, malah ada yang mahu mengambil mereka ini sebagai model. Bermula saat itulah timbulnya idea untuk pertandingan ini,” ujar Azhar Zainal Ariffin selaku ketua LOPS.

Bercerita lebih lanjut mengenai LOPS, untuk acara sulung ini mereka mendapat sebanyak 60 penyertaan dari seluruh Malaysia.

 

Azhar menjelaskan untuk acara final pula hanya 20 peserta sahaja finalis dipilih dan pemilihan dibuat berdasarkan tugasan dan komitmen yang diberikan.

“Biarpun kali pertama kami menganjurkannya, namun secara keseluruhannya kami sangat berpuas hati. Harapan kami agar LOPS ini akan diadakan secara tahunan dan lebih besar pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, pada acara final yang berlangsung pada Ahad lalu di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, peserta Syamim Arshad telah dinobatkan sebagai juara menewaskan 19 lagi finalis.

Peserta Siti Naila Sekandar pula setakat berpuas hati untuk muncul sebagai naib juara, manakala Fairus NurFajilah Anuar meraih tempat ketiga dan kedudukan di tempat keempat pula menjadi milik Nor Sabrina Abu Bakar.

Acara final pada hari tersebut juga turut dimeriahkan dengan persembahan barisan penyanyi seperti Azharina Azhar, Ayu Damit dan Mafarika. – KopiPlanet.com

*SENARAI PEMENANG LOPS
Winner – SYAMIM ARSHAD
1st runner up – SITI NAILA SEKANDAR
2nd runner up – NUR HAFIZAH ABDUL LATIFF
3rd runner up – FAIRUS NURFAJILAH ANUAR
4th runner – NOR SABRINA ABU BAKAR

Subsidiary title
1. MISS CONGENIALITY – NOR SABRINA ABU BAKAR
2. MISS NATURAL BEAUTY – NUR HAFIZAH ABDUL LATIFF
3. MISS BODY BEAUTIFUL – NORAINI ISMAIL
4. MISS MOST FAVOURITE (BERDASARKAN VOTING TETAMU) – SYAMIM ARSHAD
5. MISS PHOTOGENIC – JAZZMINE HANZ
6. BEST CATWALK – SITI NAILA SEKANDAR
7. MISS POPULAR – SITI NAILA SEKANDAR

The post Penganjuran LOPS Cetusan Idea Tujuh Sekawan Bersaiz Besar appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.