Ads Top

Masih Miliki Kesabaran, Penceraian Mungkin Jalan Terakhir – Bella Astilah

Penyanyi Bella Astillah menyatakan penceraian mungkin merupakan jalan terakhir yang akan diambil bagi meleraikan kemelut rumah tangga yang dihadapinya bersama suami, Aliff Aziz.

Ini kerana Bella menjelaskan buat masa ini dia masih lagi memiliki kesabaran selain memikirkan cahaya mata tunggal, Mohamad Ayden Adrien.

“Setakat ini saya masih lagi memiliki kesabaran dan yang paling penting, saya sayangkan masjid yang kami bina.

“Dalam hal ini, saya tidak mahu menjadi selfish demi anak tunggal kami. Dalam keluarga saya tidak pernah ada sejarah berlaku penceraian.

“Saya tidak mahu Adrian membesar tanpa ibu dan bapa sebab dia rapat dengan bapa dia.

“Penceraian mungkin merupakan jalan terakhir yang akan saya fikirkan. Tapi buat masa ini saya hanya teruskan hidup seperti biasa,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis minum petang amal, Charity-Tea anjuran ADRF di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Bella pada ketika ini dia enggan terlalu memikirkan kerana dia ingin memberikan tumpuan terhadap perniagaan biskut raya yang diusahakannya bersama ibu.

“Saya hanya berserah dan tawakal selepas beberapa kali melakukan solat istikarah. Seperti yang saya cakapkan tadi, penceraian adalah jalan terakhir yang mungkin berlaku.

“Orang luar boleh bercakap apa sahaja termasuk melihat saya bercerai atau tidak tapi segala keputusan adalah di tangan saya,” katanya.

Bella dan Aliff masih belum tinggal sebumbung dan hanya sesekali berjumpa demi anak mereka.

Sebelum ini, Bella mendedahkan kecurangan Aliff dengan seorang pelakon baharu, Oktavia Manrose menerusi laman Instagram pada Februari lalu.

Itu bukan kali pertama Aliff didedah curang kerana sebelum itu, kes sama berlaku di antaranya dengan adik Anzalna Nasir, Afifah Nasir.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.