Ads Top

Rita Sosilawati Tampil Dengan Beg Tangan Edisi Terhad Victoria Sloane

Usahawan kosmetik terkenal, Rita Sosilawati kini semakin mengembangkan langkah dalam dunia perniagaan apabila memperkenalkan koleksi terkini beg tangan Victoria Sloane.

Rita atau nama sebenarnya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhari berkata, pada kali ini dia menghasilkan lima jenis beg tangan menerusi hasil rekaannya sendiri.

“Keluaran beg tangan ini tampil dengan pelbagai koleksi antaranya Warwick, Essex, Holborn, Abbey dan Kew. Setiap rekaan ini mendapat sentuhan gabungan Asia dan Itali yang terperinci.

“Ia amat sesuai digayakan oleh wanita di semua peringkat umur. Selain itu, harga yang ditawarkan juga agak berbaloi dan mampu dimiliki semua golongan,” katanya.

Menurutnya, antara keistimewaan beg tangan yang ditampilkan pada kali ini adalah ia dikeluarkan dalam edisi yang agak terhad.

Jelasnya, untuk setiap koleksi pihaknya akan menghasilkan sebanyak 1,000 beg sahaja dan sekiranya kalau habis dijual, ia tidak akan dihasilkan lagi.

“Untuk setiap beg yang dihasilkan, kami sangat mementingkan kualiti. Malah, bagi membuktikan rekaan ini adalah edisi terhad, mereka yang membelinya akan diberi sebuah kotak beg istimewa yang tidak terdapat di mana-mana.

“Selain itu, Victoria Sloane juga menjalinkan kerjasama dengan Shopee Malaysia, di mana mereka yang ingin mendapatkan beg tangan ini boleh melayari laman web Shopee,” ujarnya.

Bagi koleksi Warwick yang mempunyai enam jenis warna, ia dijual dengan harga RM199. Manakala koleksi Essex pula yang mempunyai empat jenis warna turut dijual dengan harga sama.

Untuk koleksi Holborn pula berharga RM189 (empat jenis warna), Abbey (RM179-empat jenis warna) dan Kew pula berharga RM169 menerusi pilihan lima jenis warna.

Kepada mereka yang berminat untuk melihat gambar-gambar koleksi beg berkenaan boleh layari Instagram @victoria.sloane. – KopiPlanet.com

The post Rita Sosilawati Tampil Dengan Beg Tangan Edisi Terhad Victoria Sloane appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.