Kesihatan Bapa Semakin Teruk, Britney Spears Jalani Rawatan Mental
Penyanyi terkenal Britney Spears dilaporkan bakal menjalani rawatan mental gara-gara keadaan kesihatan ayahnya yang semakin teruk.
Menurut kenyataan yang dipetik dari The Sun, penyanyi itu mengalami masalah tersebut minggu ini dan akan ditempatkan disebuah pusat rawatan mental.
Situasi ini terjadi dikatakan berkait rapat dengan kesihatan ayahnya, Jamie Spears yang kembali dimasukkan ke hospital kerana mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan kanser usus pada November tahun lalu.
Menurut kenyataan terdekat penyanyi itu, Britney akan berada di pusat rawatan berkenaan sepanjang bapanya dirawat dihospital. Malah, kemungkinan dia akan berada di sana selama 30 hari.
Ternyata bapanya itu mempunyai jasa yang sangat besar kepada dirinya. Ketika kisah skandalnya dengan Kevin Ferdelin kecoh, ayahnya yang menyelesaikan semua permasalahan yang timbul.
Bagi Britney, Jamie bukan sahaja seorang ayah, tetapi seorang pengurus, rakan dan satu-satunya lelaki yang amat dicintainya sekarang.
Penyanyi itu dikhabarkan mengalami tekanan yang sangat kuat apabila ayahnya kembali kritikal. Ia berasa marah kepada diri sendiri kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuk melihat ayahnya kembali sihat. – KopiPlanet.com
The post Kesihatan Bapa Semakin Teruk, Britney Spears Jalani Rawatan Mental appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: