Ads Top

Ilmu Itu Cahaya, Jahil Itu Berbahaya

Imam Syafi’i R.H.M menempelak golongan yang memberi pelbagai alasan untuk tidak menuntut ilmu dengan berkata:

“Takbir ke telinganya empat kali (solat jenazah).”

Ertinya, mereka yang tidak ataupun beralasan daripada menuntut ilmu boleh diumpamakan sebagai orang yang telah mati.

Membaca umpama memberi ‘makanan’ pada akal dan memberi ‘cahaya’ bagi hati. Apa yang kita baca akan membentuk diri kita secara langsung.

“You are what you read”

Bermaksud kamu ialah apa yang kamu baca. Sering diungkapkan oleh bijak pandai: 

“Siapa diri kamu akan datang dicorakkan oleh buku apa yang kamu baca dan dengan siapa yang kamu bergaul sekarang.”

Menuntut ilmu ialah ibadah. Justeru, ibadah yang paling banyak mengambil masa ialah menuntut ilmu.

“When you stop learning you stop leading”

Maksudnya ialah apabila kita berhenti belajar, kita berhenti memimpin. Setiap kita adalah pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin kepada diri kita sendiri.

Jadi, apa yang anda lakukan sekarang sebenarnya bukan setakat membaca, malah anda sedang memimpin. Ingat selalu;

”Leaders are lerners!”

Albert Einstein berkata:

“Once you stop learning, you start dying”

Ilmu itu cahaya, jahil itu berbahaya. Tanpa cahaya butalah mata. Tetapi tanpa ilmu butalah hati. Buta mata sekadar kita tidak nampak jalan di dunia, tetapi jika buta hati kita tidak nampak jalan menuju akhirat.

Sedangkan, kita bukan warga dunia, kita adalah warga akhirat. Hukama berkata;

“Dunia diciptakan untuk manusia. Manusia diciptakan untuk akhirat.”

Asal datuk nenek kita, Nabi Adam A.S dan isterinya Siti Hawa ialah di syurga. Terdampar di dunia ini untuk melaksanakan misi yang ditentukan Allah, dan kemudian kita akan dipanggil kembali kepadaNya.

Jika misi itu berjaya, kembali semula ke syurga. Untuk menjayakan misi itulah, manusia perlukan ilmu. Dengan ilmu manusia boleh jadi baik dan memberi kebaikan.

Tidak ada noktah dalam membentuk diri ke arah yang lebih baik. Usaha membaiki diri adalah satu kembara yang tidak berhujung. Sering kali penghujung suatu jalan, membuka satu jalan lain yang lebih luas. 

“In life, what sometimes appears to be the end is really a new begining.”

Ya, dalam hidup, kadangkala sesuatu yang kelihatan seperti satu pengakhiran sebenarnya adalah satu permulaan yang baru! Berbanding malaikat yang secara tabiinya baik dan kebaikannya statik, manusia sebaliknya punya potensi untuk menjadi lebih baik dan sentiasa dinamik.

Usaha memperbaiki diri bukan satu suratan ‘destiny’ tetapi satu kembara ‘journey’ yang berterusan. Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan perjuangan memperbaiki diri adalah satu perjuangan nafas panjang ‘the long breath war’.

Kita akan sentiasa berubah, sama ada menjadi orang yang lebih baik atau sebaliknya. Jika kita tidak menaik, kita pasti sedang menurun. Kata hukama:

“Orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik dari semalam. Orang yang terpedaya, orang yang hari ininya sama seperti semalam. Dan orang yang celaka, ialah orang yang hari ininya lebih buruk daripada semalam.”

Kita di golongan mana? Berjaya, terpedaya atau celaka? Terpulang pada kita untuk memilihnya. Justeru itu kitalah yang perlu membuat pilihan dan tindakan. Mudah-mudahan Allah akan membuka pintu hati kita untuk mencari dan mendapat kekuatan dengan membacanya. Amin.

Nasihatkan Fauzil Adhim, seorang pengarang tersohor Indonesia melalui katanya:

“Orang hebat mampu menulis masalah berat dengan bahasa sederhana. Orang yang ingin disebut hebat menulis masalah sederhana dengan bahasa yang berat.”

Tanpa keinginan, bakat, minat dan kecerdasan yang bagaimanapun tidak akan membawa kita ke mana-mana. Jadi, jangan biarkan ingin menjadi dingin.

Fikirkan tentang kuasa ‘keinginan’ itu berdasarkan kata-kata ini:

“It’s not how good you are, it’s how good you want to be.”

Soalnya bukan sejauh mana kebaikan awak tetapi sejauh mana keinginan awak untuk menjadi baik.




No comments:

Powered by Blogger.