Adik Tawarkan Berkenalan Dengan Kakaknya Berumur 30 Tahun Masih Bujang Cari Calon Suami Mendapat Reaksi Bercampur
MENJENGAH ke usia 30-an menjadi detik ideal untuk sesiapa pun menamatkan zaman bujang mereka.
Kata orang, usia itu boleh dianggap tidak terlalu muda, tidak juga terlalu tua.
Namun, tiada siapa yang mampu menolak jodoh seandainya ia sudah ditetapkan oleh sang pencipta.
Dalam zaman serba moden ini, cara mencari jodoh juga semakin kreatif dan kadang-kala tidak terfikir dek akal kita.
Begitulah yang berlaku apabila seorang gadis ‘mengiklankan’ kakak sulungnya yang masih bujang menerusi laman Twitter sehingga tular.
Bercerita kepada mStar Online, Ku Syaza Arisya, 21, mengaku berbuat demikian kerana mahu melihat kakaknya, Tengku Fatin Nabila menamatkan zaman bujang secepat yang mungkin.
“Kakak dah masuk umur 30 tahun dan dia masih solo. Jadi saya postlah di Twitter. Tak sangka jadi viral.
“Saya dapat hampir 200 direct message (DM) yang nak berkenalan dengan kakak. Ada juga yang nak kenalkan dengan abang mereka.
“Kakak pada mulanya marah, sebab dah viral sampai ke Facebook, ada orang kecam kata dia single sebab memilih dan sebagainya,” kata Syaza sewaktu dihubungi pada Jumaat.
Menurut gadis kelahiran Kelantan itu, dia juga memeriksa mesej yang dikirim melalui laman Twitter sebelum membuat tapisan calon untuk kakaknya.
Malah katanya, lelaki yang jauh lebih muda berbanding kakaknya juga ada menghantar mesej untuk berkenalan.
“Ada buat semakan, tengok dalam dua atau tiga empat orang.
“Bagi saya, kalau betul orang tu nak serius dengan kakak, dia mestilah seorang lelaki yang mengutamakan keluarga, baik dan ada sumber kewangan yang stabil.
“Harap yang saya pilih melekatlah dengan dia, saya pun teringin kakak ada zuriat bila tengok kawan-kawan yang lain main dengan anak saudara mereka,” katanya lagi.
Mengulas reaksi negatif yang menganggap tindakannya itu seperti perigi mencari timba, Syaza mengakui sedih apabila niat ikhlasnya disalah erti oleh segelintir individu.
Syaza (kiri) mahu melihat kakaknya menamatkan zaman bujang dan bahagia di samping suami.
Ujar Syaza, apa yang dimahukan hanyalah kebahagiaan untuk kakak kesayangannya itu.
“Kakak ni relax je, jadi ini seperti usaha sayalah untuk tolong dia. Ibu bapa pun ada tanya tapi mereka tidaklah memaksa kakak.
“Sedih bila orang salah erti niat saya. Umi pun tahu benda ni viral.
“Kata umi kepada kakak, buat apa nak risau sebab bukan kakak sendiri yang promosikan dirinya di Twitter,” ujar gadis yang menetap di Kota Damansara itu.
Dalam pada itu, posting Syaza di laman Twitter sehingga kini menerima lebih 5,000 ulang kicau (Retweet).
Malah, ia turut dihujani komen netizen yang berjenaka, tidak kurang juga yang memuji wajah Fatin yang disifatkan ‘awet muda’ dan tidak kelihatan seperti wanita 30-an.
“Kita ada abang sepupu, dia single lagi, umur muda la sikit dari kakak awak, tapi abang sepupu kita pandai masak, dia tukang masak dekat hotel,” tulis @gulakapas2505.
“Abang saya single. Sedang buat phd. Duit pun banyak. Baik. Setia. Tapi buncit sikit. Ahhaha nak tak?,” tulis @arriflahhh.
“Your kakak doesn’t even look 30 at all! Sooo pretty,” tulis @ftnatrhh pula.
Sumber::MstarOnline
No comments: