Ads Top

Gara-Gara Babak Tak Pakai Tali Pinggang Keledar, Video Muzik Blackpink Diharamkan Tayangan

Video muzik kumpulan penyanyi terkenal Korea, Blackpink dengan tajuk lagu Kill This Love yang mendapat lebih 26 juta tontonan tidak sampai sebulan ditayangkan telah diharamkan di siaran televisyen tersohor negara itu, KBS.

via GIPHY

Menurut laporan, video muzik itu dianggap tidak sesuai untuk ditayangkan umum melalui siaran KBS kerana melanggar undang-undang lalu lintas.

Dalam video muzik tersebut, salah seorang ahli kumpulan itu, Rose memandu kereta tanpa memakai tali pinggang keledar dan menurut mereka ia akan menjadi contoh tidak baik bagi golongan muda yang mungkin akan terpengaruh dengan tindakan itu secara tidak langsung.

via GIPHY

Lagu ini bukanlah lagu pertama diharamkan di siaran TV itu kerana video muzik daripada kumpulan yang sama, dengan judul Boombayah turut mendapat reaksi sama.

Walau bagaimanapun, tindakan itu mendapat kritikan hebat daripada peminat kumpulan idol berkenaan.

Sumber: Allkpop




No comments:

Powered by Blogger.