Ads Top

Bella Astillah Enggan Ulas Isu Peribadi, Jalani Kehidupan Dengan Tawakal

Isteri kepada pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah enggan mengulas mengenai perkembangan tentang status dirinya dengan suami buat masa ini.

Bella berkata, sekarang ini dia lebih suka untuk menjalani kehidupan hariannya dengan positif bersama anaknya.

“Berkenaan dengan hal ehwal rumah tangga, saya tidak akan jawab apa-apa. Sebelum ni pun kalau ada yang bertanya memang saya tidak berikan sebarang jawapan.

Yang penting saya perlu tawakal dan positif dalam menjalani kehidupan. Selebihnya saya serahkan kepada Allah,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai kehidupan harian yang dilalui sekarang, Bella menyatakan dia kini lebih memberi tumpuan kepada perniagaan yang diusahakannya sekarang.

Menurut Bella, ketika ini dia menjalani perniagaan kolagen dan kuih raya dengan menyertai pelbagai karnival jualan di merata-rata tempat.

“Ini adalah cara untuk saya dapat sentiasa sibukkan diri. Selain itu, saya juga akan bersama dengan anak setiap masa, termasuklah kalau pergi berniaga.

Dalam pada itu, berkenaan dengan tindakannya yang suka memuat naik video sedang menyanyi di laman sosial, Bella menjelaskan ia lebih sekadar kepada hobi sahaja, namun tetap gembira kerana ia mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.

“Kalau ditanya sama ada sudah bersedia untuk menjadi penyanyi, rasanya ia bukanlah masa yang cukup sesuai. Kalau dah menceburi industri seni, mungkin ia akan membuatkan saya lebih sibuk pula nanti,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Bella Astillah Enggan Ulas Isu Peribadi, Jalani Kehidupan Dengan Tawakal appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.