Ads Top

Anzalna Nasir Umum Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

Pelakon Anzalna Nasir mengumumkan dia dan suami, Mohd Hanif Zaki bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan pada bulan Jun ini.

Anzalna, 31, membuat pengumuman khas itu menerusi satu majlis memperkenalkan produk penjagaan bayi Ommey keluaran NR yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur hari ini.

“Alhamdulillah setelah 26 tahun ayah saya tunggu nak dapat anak lelaki dan cucu lelaki, akhirnya saya berjaya pecahkan tradisi keluarga yang majoritinya terdiri daripada wanita

“Saya dan suami tak kisah jantina apa asalkan bayi saya nanti sihat dan dilahirkan dengan selamat,” kata Anzalna.

Anzalna merupakan anak kedua daripada lima beradik perempuan dan aktres ini turut memiliki tiga anak saudara perempuan.

Anzalna dan suami berkahwin pada 21 Februari 2016 selepas sembilan tahun menyulam cinta. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.