Ads Top

Aksi Kumpulan Moto Semua Gadis Ini Menarik Perhatian Orang Ramai

Baru-baru ini viral di media sosial video gelagat dua gadis di luar kebiasaan sifat wanita, mengundang pelbagai reaksi netizen yang menganggap ‘tergedik-gedik macam beruk kena belacan’.

Berdasarkan klip video pendek itu, dua gadis terbabit membuat aksi ‘gedik’ di belakang motosikal milik rakannya sambil diperhatikan oleh ahli kumpulan mereka yang berada berhampiran.

Dua gadis yang tidak diketahui identitinya itu merupakan sebahagian daripada ahli kumpulan yang diberi nama ‘Gades Pontian.

Benda boleh viral, buatpa nak simpan. Benda boleh rilek, buatpa gelabah,” kapsyen kumpulan terbabit di Instagramnya, yang menyedari video aksi mereka itu telah viral di media sosial

Sementara itu, netizen mengecam aksi mereka yang dianggap tidak senonoh dan memalukan kaum hawa.

Meskipun begitu, ada yang menegur mereka secara baik,

Tiada salahnya melakukan aktiviti yang diminati, tetapi biarlah berpada-pada mengikut batasan serta tidak menjatuhkan maruah diri atau keluarga. Netizen juga usah keterlaluan ketika memberi nasihat. Tegur dengan baik, inshaAllah teguran itu dapat juga diterima dengan hati terbuka.

Kebanyakan orang ingin mendapatkan perhatian ramai menyebabkan mereka cenderung membuat aksi seperti ini.

Umat Islam sepatutnya sedar segala perbuatan yang dilakukan ada ganjaran dan azab daripada Allah SWT.

Justeru, penting kita menepati landasan al-Quran dan sunah termasuk dalam hal meluahkan perasaan, hatta dengan alasan sekadar untuk berhibur.

Islam mengajar kita untuk tidak memperbodohkan diri dengan melakukan perkara yang bertentangan ajaran agama termasuk melakukan perkara sia-sia.

Kredit:TheReporter




No comments:

Powered by Blogger.