Sedih Anggota Polis Menyanyikan Lagu Kepada Budak Perempuan Ini Bagi Mengalihkan Pandangan Terhadap Kemalangan
Angg0ta p0l15 menyanyik4n sebuah lagu di satu kawasan kemalangan, sebab dia berbuat demikian sangat meny3ntvh hat1
Pad4 18 Jun 2015, Nick Struck, seorang anggota poli5 di wilayah Colorado, dilihat memangku dan menenangkan se0rang kanak- kanak perempuan kecil yang baru sahaja kehilangan bapanya di dalam satu kemalangan jalan raya. Nick berbvat demikian sem3ntara pasukan petugas kecemasan menyelamatkan ahli-ahli keluarga kanak-kanak itu y4ng lain.
Walau pvn ayah ny4 tid4k dapat diselamatkan, ibu dan tiga orang adik beradik kanak-kanak perempuan tersebut dig3gaskan terus ke hospital untuk rawatan lanjut.
S4ksi di tempat kejadian m3mberitahu bahawa kereta tersebut sedang menyelusuri jalan Interstate 76 di Brighton pada pagi Khamis. Ke3ta tersebut tiba- tiba terbalik dan berpusing beberapa kali sebelum terhenti di dalam semak di bahu jalan.
Apa yang dikesali ialah tidak seorang pun yang menaiki kereta tersebut yang memakai tali pinggang keselamatan. Ayah kanak-kanak itu dilaporkan mati serta merta di tempat kejadian sementara ahli keluarga yang lain dibawa ke hospital.
Menceritakan pengalamannya apabila mendengar tentang kejadian tersebut, Nick memberitahu agensi berita 9News, “Apabila kami mendapat tahu ada kanak-kanak yang tercedera, setiap dari kami mula berasa hiba.”
“Perkara pertama yang kami lakukan sejurus sampai di tempat kejadian ialah cuba untuk menenangkan semua yang berada di sana, terutamanya kanak-kanak,” tambah Nick lagi.
Sebagai seorang bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, naluri kebapaannya mendorong Nick untuk menenangkan kanak-kanak perempuan yang dilihat sedang dirundung kesusahan itu, “Saya bertanya kepada diri saya sendiri, ‘apa yang saya mahu lihat bapa kepada kanak-kanak perempuan ini lakukan dalam situasi begini?’” kata Nick.
Nick kemudiannya tahu apa yang boleh dilakukannya untuk menenangkan kanak-kanak perempuan tersebut. Anggota polis itu menyanyikan lagu “Twinkle Twinkle Little Star”
“Saya masih ingat sewaktu saya memangkunya, dia memegang erat lengan saya seperti yang biasa dilakukan anak perempuan saya,” kata Nick.
Sementara itu, Jessica Matrius yang kebetulan sedang menggunakan laluan yang sama sewaktu insiden kemalangan tersebut berlaku telah mengambil gambar Nick yang sedang memangku kanak-kanak perempuan itu dan memuatnaikkannya di laman media sosial. Imej tersebut kemudiannya tersebar luas.
Sokongan moral dan emosi yang diberikan anggota polis ini telah membantu kanak-kanak perempuan tersebut mengharungi saat yang sangat sukar buatnya.
“Saya bukan seorang ahli perubatan, tetapi saya tahu bagaimana untuk memeluk seseorang yang dirundung kesusaham, dan percayalah, sekiranya bukan saya yang memangku kanak-kanak perempuan itu, anggota-anggota polis yang lain akan melakukan perkara yang sama,” jelas Nick.
sumber memorikini
No comments: