Lelaki Terkaya Di Dunia Sekarang Merupakan Jeff Bezos Namun Ramai Yang Tidak Tahu Lelaki Terkaya Sepanjang Zaman Merupakan Mansa Musa
Mengikut rekod dan analisis rasmi, lelaki paling kaya buat masa ini merupakan pengasas Amazon Jeff Bezos. Dia merupakan salah seorang daripada pekerja Amazon yang terawal semasa ia ditubuhkan.Jeff Bezos dinilai sebagai lelaki paling kaya di dunia oleh Forbes dan Bloomberg, dengan kekayaan dianggarkan kira-kira AS$137 bilion (RM562.41 bilion)
Jeff Bezos
Net Worth: $112 billion
Founder: Amazon (AMZN)
Lelaki Kedua terkaya jatuh kepada Bill Gates ahli perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen). Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , syarikat perisian terbesar di dunia.
Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Walaupun beliau dihormati ramai dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya, namun begitu taktik perniagaan beliau kerap dikritik sebagai tidak bersaing secara adil yang menyebabkan beliau dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.
Bill Gates
Net Worth: $90 billion
Co-Founder: Microsoft Corp. (MSFT)
Ketiga pula ialah Warren Buffett seorang pelabur, ahli perniagaan dan dermawan berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan salah seorang pelabur paling berjaya di dunia serta pemegang saham terbesar dan CEO syarikat Berkshire Hathaway. Beliau dinamakan orang terkaya di dunia oleh majalah Forbes pada separuh pertama tahun 2008, iaitu nilai bersihnya kira-kira $62.0 bilion, tetapi menjunam ke $37 bilion pada awal tahun 2009, sekaligus jatuh satu anak tangga ke #2 dalam senarai Forbes Billionaire List, iaitu $9 bilion di belakang Bill Gates.
Warren Buffett
Net Worth: $84 billion
Best Investor of the 20th Century
Keempat, Bernard Arnault Family CEO LVMH (Louis Vuitton), seorang pelabur,pengumpul seni dan perniagaan lain.
Bernard Arnault Family
Owner of LVMH
Net Worth: $72 billion
Dan Kelima bosss kitee Mark Zuckerberg, merupakan pengasas Facebook – sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dalam internet. Beliau juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif Facebook.Pada Julai 2009, syarikat Internet Rusia menawarkan AS$100 juta (RM358 juta) untuk membeli saham daripada pekerja-pekerja Facebook.Syarikat Rusia itu, Digital Sky Technologies (DST) itu melabur sebanyak AS$200 juta (RM716 juta) ke atas Facebook pada Mei 2009 dan menawarkan sebanyak AS$14.77 juta (RM52.8 juta) untuk satu unit saham biasa Facebook.
Mark Zuckerberg
Co-founder of Facebook
Net Worth: $71 billion
Baiklah, memang kaya semua yang diatas ini, namun ada seorang yang paling kaya sepanjang zaman yang semakin lama semakin dilupai. Beliau dahulunya mempunyai harta yang dianggarkan bernilai USD 400billion!!
Mansa Musa (Mansa yang bererti raja atau sultan) memerintah Mali pada abad ke-14. Di mana, wilayah kekuasaannya saat itu dipenuhi sumber kekayaan alam yang melimpah, yang didominasi oleh emas.
Beliau memimpin Kerajaan Mali di Afrika Barat pada tahun 1307. Ia menghasilkan keuntungan dengan mengeksploitasi kekayaan garam dan emas negaranya.
Dilahirkan pada tahun 1280-an juga itu memperluas Kekaisaran Mali dengan menakluk 24 kota dan daerah sekitarnya.
Kekayaan Musa baru dikenal oleh dunia pada saat raja muslim ini melakukan perjalanan haji ke kota Mekkah pada tahun 1324. Pada perjalanannya saat itu, Mansa Musa membawa ribuan rombongan yang membawa tumpukan emas dan membagi-bagikannya pada kaum miskin yang ditemui selama perjalanan.
Semasa berhijrah ke Mekkah, beliau selalu derma kepada orang-orang miskin. Beliau juga telah membangunkan sekolah, mendirikan banyak masjid dengan mengunakan kekayaannya.
Memerintah selama 25 tahun, orang terkaya sepanjang sejarah ini menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1337. Sang Putra, Maghan I, pun meneruskan pemerintahannya. “Peninggalan kekayaan sang raja masih bertahan hingga saat ini, seperti makam, perpustakaan, dan masjid megah yang menjadi bagian sejarah kekayaan kerajaan Mali.
Kaya, miskin atau sederhana mana pun kita, yang penting hati kenalah mulia dan selalulah bersedekah. Semoga entri ini memberi manfaat kepada kita semua.
No comments: