Ads Top

Punca Sebenar Diberikan Dengan Jelas Mengenai Penduduk PPR Taman Manggis Dihalau Keluar Dan Ramai Hadir Di Komtar

Kekecohan tercetus di Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis hari ini apabila pegawai penguatkuasaan Jabatan Perumahan Pulau Pinang bertindak mahu mengusir 22 penduduk rumah pangsa yang tidak layak.

Beberapa keluarga enggan berpindah keluar, manakala aktivis hak Melayiu kelihatan berada di kawasan sekitar rumah pangsa itu meminta penduduk supaya tidak mengosongkan kediaman mereka.

Kejadian itu dirakam Facebook Live oleh aktivis politik Muhsin Latheef, yang berada di situ untuk membela penduduk yang terjejas.

Kumpulan itu kemudian menaikkan sepanduk dan mengadakan perhimpunan aman di luar kawasan rumah pangsa yang terletak di Jalan Burma. Perhimpunan itu bertujuan mengecam langkah kerajaan Pulau Pinang mengusir penduduk berkenaan.

Pihak polis yang hadir bersama pasukan penguatkuasaan kemudiannya menahan seorang warga asing yang mana isterinya seorang warga tempatan dan pasangan itu mempunyai lapan cahaya mata. Keluarga berkenaan telah tinggal di kediaman itu selama 14 tahun.

Berarak ke Komtar

Bagaimanapun, kumpulan itu gagal menghentikan pengusiran apabila pegawai penguatkuasa mengunci rumah dan memangga pintu pagar.

Selanjutnya, kumpulan itu berarak ke arah bangunan Komtar dengan anak-anak kecil mereka dan menyerahkan memorandum ke Pejabat Ketua Menteri Cow Kon Yeow.

Pada sidang akhbar di Komtar, Chow berkata setiap unit kediaman cuma boleh diduduki satu-satu penyewa selama lima tahun, selepas tempoh itu, sewaan akan disemak semula bahagian perumahan awam negeri.

Beliau berkata penduduk yang terjejas telah diberikan masa yang mencukupi untuk keluar sejak tahun lalu, manakala tindakan pengusiran minggu lalu telah ditunda bagi membenarkan rayuan kes mereka di jabatan perumahan negeri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow

“Tempoh sewaan perumahan awam disediakan dengan syarat-syarat. Diharapkan selepas lima tahun, penyewa akan memperbaiki keadaan kewangan mereka dan membenarkan orang lain yang lebih layak untuk tinggal di situ.

“Dengan keadaan pekerjaan yang bertambah baik selepas lima tahun, penyewa sepatutnya mampu untuk menyewa kediamannya dan mungkin membeli rumah mereka sendiri,” kata Chow selepas ditanya mengenai hal berkenaan hari ini.

Chow berkata unit projek perumahan awam disediakan untuk golongan miskin tegar tetapi mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk membayar sewa dan memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan jabatan perumahan.

Chow memaklumkan terdapat 400 pemohon untuk PPR Taman Manggis, malah ada pemohon yang telah menunggu dari tujuh ke 11 tahun untuk menyewa unit di situ.

“Bagaimanapun, mereka tidak boleh berbuat demikian kerana terdapat penyewa yang tidak layak yang tidak memenuhi syarat-syarat yang masih tinggal di sana, jadi kami perlu mengambil tindakan,” katanya.

Semalam, Exco Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo berkata antara sebab penyewa tidak layak untuk terus tinggal di situ kerana ingkar membayar sewa dan/ atau caj penyelenggaraan; pendapatan bertambah melebihi RM1,500 bagi isi rumah; didapati berkahwin dengan warga asing atau apabila memiliki hartanah lainnya.

Menurut Jagdeep pada masa ini terdapat 1,137 pemohon dalam senarai menunggu menyewa PPR di PUalau Pinang, manakala cuma 999 unit yang tersedia, iaitu 734 rumah di Daerah Timur Laut dan di Taman Manggis sebanyak 494 unit. Sumber Artikel : Malaysia KINI

TULAR DI MEDIA SOSIAL TENTANG PUNCA MEREKA KEHILANGAN KELAYAKKAN PPR

Info ini tular di media sosial tentang punca sebenar kenapa rata rata mereka dihalau. Ada sebab dinyatakan seperti mereka sebenarnya lebih dari mampu. Ada komen di Facebook mengatakan jika mereka punyai duit kenapa mesti mereka berkumpul di Komtar? Mari baca apa yang tular di media sosial sekarang.

Sedikit fakta, 22 penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown diarah pindah keluar hari ini (6 Mac 2019)

Antara sebab kenapa langkah ini diambil adalah kerana:

(1) 22 penyewa ini mempunyai tunggakan sewa sehingga RM15,000. Tidak bayar sejak bermula tinggal di PPR (1990). Walaupun sewa hanya RM100 sebulan. 13 penyewa mempunyai kereta lebih dari 2 buah, membuktikan mereka golongan yang mampu.

(2) 9 penyewa telah dikenal pasti punyai pertambahan pendapatan sehingga RM3000 sebulan dan melepasi paras dibenarkan untuk menyewa iaitu pendapatan RM1,500.

(3) 5 penyewa berkahwin dgn warga asing (Bangladesh & Indonesia). Melanggari syarat PPR iaitu untuk warganegara Malaysia saja.

(4) 8 Penyewa didapati mempunyai rumah sendiri, tetapi menyewakan kepada orrng lain

(5) 400 keluarga miskin terpaksa menunggu hampir 7 tahun untuk menyewa PPR ini.

Arahan pengosongan telah diberikan sejak Oktober tahun 2018 serta notis terakhir pada hari Jumaat lalu (1.3.2019)

Langkah tegas terhadap penduduk ini adalah pilihan terakhir yang terpaksa diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kerana penduduk tetap berdegil dan tidak mahu mengosongkan premis.

Terdapat beberapa komen yang menyatakan bahawa tidak semua penduduk PPR kurang kemampuan. Bukan sahaja di PPR Pulau Pinang, Taman Manggis tetapi jika disiasat dimana mana PPR perkara yang sama berlaku sebenarnya.

Sekiranya betul mana hak orang yang menunggu bertahun tahun yang sememangnya layak. Jika benar tuduhan ini, apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan Pulau Pinang adalah betul. Tetapi jika kita fikir dari sudut perikemanusiaan tidak patut mereka dibiarkan merempat sebenarnya. Perkara ini boleh dibawa bincang.

Semoga penduduk Taman Manggis dipermudahkan urusan selepas ini.

Kredit : KL Viral




No comments:

Powered by Blogger.