Aliff Syukri Berang Naik Angin Dengan Anak Perempuannya Cess
Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menerima pelbagai reaksi dari orang ramai susulan cara beliau mendidik anak-anak.
Dato Aliff kerap berkongsi kisah hidupnya menerusi laman Instagram miliknya itu. Pelbagai gambar serta rakaman yang dimuat naik untuk tontonan peminatnya. Namun ada satu video ini yang menjadi bualan ramai.
Berdasarkan komen orang ramai, rata-rata bersetuju agar situasi itu tidak sepatutnya dikongsi di media sosial kerana ia boleh membawa implikasi tidak elok kepada anaknya.
Namun ada juga yang berpendapat cara beliau mengajar anaknya itu bagus kerana tidak terlampau manjakan anak.Apa pun niat beliau memang baik sebenarnya, ingin mendidik anaknya menjadi insan yang tahu hargai dan hormat.
Namun bagi Aliff, dia mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian.
Aliff Syukri : anak korang suka main ni gak kee?? kotor satu rumah main benda hantu ni..hargai kerja pembantu rumah nak siapkan ces nak kesokolah… .
maafkan abah ya cess @qadejah_terlajaklaris abah nak ces jadi wanita sempurna …pandai basuh baju, pandai kemas runah, abah harap sebab nak anak2 abah membesar mcm anak orang lain…x nak khayal dgn kesenangan yg abah beri…apa yg abah lalui dulu abah praktikkan bila besar boleh buat mcm2 benda sblum abah sampai ketahap ni.. .
Sebenarnya saya x nak anak saya terlalu selesa hidup bergantung dgn maid semua senang bangun pagi siap sedia…saya ajar mereka berkebun,buat kerja mcm2 sebagai asas hidup…benda2 mcm ni x boleh dapat dari buku dan tgk tv…ni asas hidup…sementara ada rezeki saya senang mereka tumpang senang,esok2 Allah uji dgn dugaan kewanhan sekurannya mereka tahu buat benda lain utk meneruskan kelangsungan hidup…..
Namun ada juga netizen yang menyokong apa yang dilakukan oleh Dato Aliff kerana itu cara dia mendidik anak-anaknya.
Semua orang rasa mereka lebih tahu cara mendidik anak. Namun, tidak semua anak berperangai sama. Mungkin ada yang sesuai dengan anak sulung, tetapi tidak pada anak kedua.
Oleh kerana itu, penuhi kehendak anak yang berlainan. Bukan bermakna manjakan mereka dengan apa yang mereka pinta, tetapi lebih kepada penghargaan.Ibu-bapa perlu menyokong kehendak anak berdasarkan permintaaan mereka namun haruslah berpada-pada.
No comments: