Ads Top

“Adik dah 8 bulan hilang.” -Identiti m4yat dalam tangki air di Palong mungkin pelajar UiTM Raub

Sebelum ini, gempar apabila pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) menemui satu m4yat di Kolam Palong 12. Hal tersebut bermula apabila kawasan sekitar Palong mengalami masalah gangguan air dan pihak SAINS melakukan pemeriksaan.

Ada m4yat dalam tangki air
M4yat seorang lelaki berusia lingkungan 22 tahun telah ditemui dan operasi pembersihan sudah dijalankan. Penduduk kawasan sekitar mulai rasa mual apabila mengetahui sudah berbulan-bulan mereka menggunakan sumber air yang tercemar dengan m4yat.

Sebelum ini, gempar apabila pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) menemui satu m4yat di Kolam Palong 12. Hal tersebut bermula apabila kawasan sekitar Palong mengalami masalah gangguan air dan pihak SAINS melakukan pemeriksaan.

Ada m4yat dalam tangki air
M4yat seorang lelaki berusia lingkungan 22 tahun telah ditemui dan operasi pembersihan sudah dijalankan. Penduduk kawasan sekitar mulai rasa mual apabila mengetahui sudah berbulan-bulan mereka menggunakan sumber air yang tercemar dengan m4yat.

Hilang dah dekat 8 bulan
Hari ini, seorang individu telah tampil memberitahu berkemungkinan besar m4yat yang dilaporkan adalh adiknya. Menurut sumber dari Harian Metro, Afiq Hazim menjelaskan bahawa berdasarkan pengecaman awal dia pasti m4yat tersebut adalah adiknya iaitu Aiman Hakim bin Mat Ani, 21.

Aiman Hakim merupakan pelajar di UiTM Raub Pahang yang telah hilang hampir lapan bulan bermula pada 9 Julai tahun lepas. Aiman didakwa telah keluar dari rumah jam 3 petang dan tidak muncul hingga kini.

A-Fatihah untuk m4ngsa
Rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati serta mengucapkan takziah kepada keluarga m4ngsa. Ada juga memeprsoalkan adakah sudah lapan bulan tangki air untuk kegunaan penduduk sekitar Palong itu tidak diservis kerana m4yat m4ngsa hanya ditemui selepas berlaku gangguan air.

Harap pihak polis dapat siasat kes ini dengan telus

Maknanya lama juga laa tangki air tu tak di servis?

Sumber : Harian Metro

Artikel Berkaitan: ‘Jika betul dia, semoga rohnya tenteram’

“JIKA benar m4yat itu adik saya, kami mendoakan supaya rohnya dalam keadaan tenteram,” kata Afiq, 24, yang yakin m4yat dalam tangki air di FELDA Palong 12, Pahang, kelmarin adalah adiknya, Muhammad Aiman Hakim Mat Ani, 21.

Katanya, ia berdasarkan pakaian pada m4yat lelaki itu.

Malah, mereka sekeluarga dipanggil untuk pengecaman m4yat dan memberi keterangan sebaik dimaklumkan polis pada malam penemuan itu.

“Pengecaman ke atas bentuk fizikal sukar dilakukan disebabkan keadaan m4yat yang hancur.

“Buat masa ini, m4yat disimpan di Bilik m4yat Hospital Jempol sehinggalah ujian DNA (asid deoksiribonukleik) selesai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menceritakan mengenai Muhammad Aiman, Afiq berkata, adiknya adalah penuntut tahun akhir di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Raub, Pahang yang hilang sejak 9 Julai, tahun lalu.

Katanya, kehilangannya dikesan pada 3 petang selepas keluar dari rumah di Jalan Keratong Indah 16, Desa Keratong Indah, Bandar Tun Razak, Pahang dengan menunggang motosikal Modenas MR1, sendirian.

“Malah, sudah lapan bulan adik tidak pulang ke rumah dan kami sangat terkejut apabila dimaklumkan penemuan m4yat itu,” katanya.

Menurutnya, turut menjalani ujian DNA adalah bapanya, semalam ketika hadir membuat pengecaman m4yat.

Katanya, mereka sekeluarga sedih dengan kejadian itu apatah lagi Muhammad Aiman sepatutnya menamatkan pengajian tidak lama lagi.

“Laporan kehilangannya dibuat bapa di Balai Polis Bandar Tun Razak kerana ketika dia hilang, saya berada di Simpang Renggam, Johor.

“Adik saya seorang yang pendiam tetapi amat disayangi keluarga,” katanya. sumber Harian Metro

Artikel Berkaitan: Biar polis buat kerja

“JANGAN buat spekulasi yang boleh ganggu siasatan,” kata Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim.

Beliau mengulas mengenai penemuan m4yat dalam tangki air di Felda Palong 12 dekat Jempol, kelmarin.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan pihaknya.

Ketika ini, m4yat m4ngsa sudah dihantar ke Hospital Jempol dan waris dipanggil bagi tujuan pengecaman berdasarkan pakaian selain dokumen pengenalan diri m4ngsa.

“Waris tidak dapat mengecam dengan lain-lain perkara disebabkan keadaan m4yat sudah hancur, jadi perlu hantar ujian DNA (asid deoksiribonukleik).

“Identiti m4yat lelaki berusia 20-an itu hanya dapat diketahui dalam tempoh tiga bulan,” katanya, hari ini.

Muhd Nur Hishamuddin berkata, sementara ini tidak boleh mengesahkan waris adalah ahli keluarga m4ngsa sehinggalah keputusan DNA diperoleh. sumber Harian Metro




No comments:

Powered by Blogger.