Ads Top

Wanita Ini Tidak Berhenti Muat Naik Gambar Bersama Teman Lelaki Walaupun Dia Telah Pergi Setahun Lalu

Seorang model cantik berketurunan Cina-Filipina yang bernama Janica Nam Floresca telah menjalin hubungan percintaan bersama teman lelakinya, Franco Hernandez selama hampir setahun.

Kedua-duanya sangat mencintai antara satu sama lain sepenuhnya. Malangnya, jodoh mereka tidak panjang dan berakhir dalam satu tragedii yang memilukan…

Pada November 2017, pasangan romantik ini telah pergi bercuti bersama-sama sambil ditemani rakan, Tom Doromal. Keluarga Doromal dikhabarkan memiliki sebuah resort yang terletak di Don Marcelino iaitu Davao Occidental.

Ketika bercuti di sana, ketiga-tiga mereka telah pergi ke pantai dan kemudiannya mengambil keputusan untuk menaiki bot ke sebuah pulau.

Bersama-sama dua pemandu bot, kesemua mereka telah selamat tiba di Pulau White Sand. Akan tetapi, perjalanan pulang dari pulau berkenaan ke resort bertukar tragedi apabila ombak besar membadaii bot yang mereka naiki.

Air laut telah memenuhi bot dan kesemua mereka diarahkan pemandu bot untuk terjun ke dalam laut dan berenang sehingga ke pantai. Malangnya, Franco dan Janica tidak tahu berenang sama sekali!

Setelah terjun ke dalam laut, Janica berjaya berpaut pada bot bersama-sama Franco. Akan tetapi, satu lagi ombak besar melanda sekali gus memisahkan kedua-duanya.

Janica menceritakan semula keadaan pada ketika itu dan menyatakan bahawa dia mampu mendengar jeritan teman lelakinya yang terkapaii-kapaii di dalam air. Sementara itu, dia turut bergelutt untuk kekal terapung.

Setelah setengah jam bertarung nyawaa, mereka akhirnya diselamatkan dan dibawa ke pantai. Namun, setibanya di darat, mereka mendapati Franco tidak lagi bernafas dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Franco yang pada ketika itu berusia 26 tahun disahkan meninggall dunia dan berita ini amat meruntun hati Janica.

Justeru, bagi mengubati rindunya, Janica sentiasa memuat naik gambar mereka berdua di laman Instagram. Meskipun kejadian ini telah berlaku lebih setahun, cinta Janica terhadap mendiangg teman lelakinya itu kekal ‘hidup’.

Malah, Janica turut memuat naik gambarnya sedang melawat kubuur Franco dengan kapsyen yang sungguh menyayat hati… Netizen turut sering memberikan kata-kata semangat kepada Janica untuk meneruskan hidup dengan sebaik mungkin.

Meskipun Franco tidak lagi ada di dunia ini, cinta mereka kekal utuh buat selama-lamanya.

Era Baru

Kredit: RakanMediaNetworks




No comments:

Powered by Blogger.