Walaupun Badan Sado Tetapi Remy Ishak Ada Satu Kelemahan Sampai Tergelak Mira Filzah
Baru sahaja menjejakkan kaki ke dalam kereta kabel, gelagat pelakon Remy Ishak terus bikin riuh. Semuanya gara-gara dirinya yang memang gayat saat berada di tempat tinggi.
Difahamkan, situasi tersebut berlaku menerusi salah satu adegan drama Lelaki Kiriman Tuhan.
Terdahulu ia merupakan aksi menerusi rakaman belakang tabir dari set drama Lelaki Kiriman Tuhan yang dimuatnaik menerusi laman Instagram Miraclegacy.
“Iqbal Raid Lelaki Kiriman Tuhan untuk Naira bukan hanya takut lipas, tapi gayat.”
This video behind the scene dalam cable car yg LadyBoss nak share dgn korang. Ingat lagi tak, dkt twitter? Yes, this is the video. Kesian Iqbal Raid.
Terhibur dengan reaksi lucu Remy yang takutkan ketinggian, netizen gembira apabila dapat melihat sisi berbeza pelakon macho ini.
Drama Lelaki Kiriman Tuhan merupakan gandingan mantap antara Remy Ishak dan Mira Filzah. Baru sahaja menamatkan siri dan menerima rating yang cukup hebat di kaca televisyen.
Foto & Video – Instagram Miraclegacy
Remy Ishak Takut Terlalu Kerap Digandingkan Bersama Mira Filzah
Pelakon yang kini popular menerusi drama bersiri Pujaan Hati Kanda (PHK) ini pernah memberitahu bahawa sudah tiba masanya dia memilih heroin dalam drama selepas sedekad bergelar pelakon.
Bagi Remy, walaupun beberapa kali digandingkan bersama pelakon baru, dia akan tetap memberikan yang terbaik bagi menghidupkan watak yang diberikan.
Justeru itu, apabila digandingkan bersama-sama Mira Filzah, Remy mengakui gandingan ini terlalu serasi sehingga kadang-kadang menyebabkan beliau sendiri merasa takut apabila kerap digandingkan bersama.
” Saya akui saya dan Mira terlalu sering digandingkan. Namun sedikit takut kerana takut ter-over shadow dengan watak yang sebelumnya” Katanya ketika ditemui semasa penggambaran Pujaan Hati Kanda yang lalu.
Wah, tak sangka pula dalam drama Pujaan Hati Kanda Danny bukan main lagi suka mengusik Tiara kan? Rupa-rupanya takut eyh?
Sumber: MediaHiburan & Xtra
No comments: