Tazkirah Jalanan ; Hidayah Menyapa Tidak Mengenal Siapa
Sebak terasa di hati ini, kisahnya semalam apabila hampir tengah malam, saya singgah Bukit Bintang. Dari petang itu saya pusing-pusing di KLCC, Dataran Merdeka dan akhir sekali di Bukit Bintang buat street dakwah.
Akhir sekali saya pergi dekat band The Kodoxs yang duduk menyanyi di tepi jalan. Mereka bersalaman, peluk dan cium tangan saya. Segan pula saya. Baik-baik anak muda ini semua. Seorang dari kumpulan mereka berkata;
Ustaz memang rare, power betul. tak sangka ustaz datang sini. Betul-betul tak sangka. Rezeki kami jumpa ustaz. Syukur pada Allah.”
Suara mereka sekumpulan ini boleh tahan rock dan sedap suaranya. Selepas mereka menyanyi walaupun sudah lewat malam, mereka bagi ruang untuk saya bercerita mengenai iman, kasih sayang dan hargai ibu bapa. Ramai juga orang Islam dan bukan Islam dengar dengan baik.
Semua dengar dan ada juga yang berminat merakam video di saat saya bercerita. Ramai juga sebak walaupun berdiri di tepi jalan. Ramai orang rindukan nasihat kebaikan walau di tepi jalan.
Saya berfikir sebelum saya sampai di situ, jika saya berceramah ramai akan tinggalkan. Rupanya makin ramai yang datang. Tiada yang lari. Allahuakbar.
Bukan Islam pun ikut serta, sewaktu saya suruh pegang tangan orang sebelah mereka pegang juga. Pelancong pun ada yang rakam, buat kenangan agaknya.
Ada seorang abang nak bercerai hari itu tetapi dia datang jumpa saya dan saya kata berilah masa pada diri untuk buka hati dekat dengan Allah, sewaktu itu barulah buat keputusan.
Supaya kita ambil tindakan kerana Allah. Dia sebak dan berazam ingin belajar dekatkan diri kepada Allah S.W.T. Syukur sangat.
Beberapa anak muda mengadu hidup susah dan kesempitan. Saya bertanya;
”Abang solat tak?”
Mereka jawab;
“Itulah ustaz, emm sudah lama saya tinggal solat.
Saya kata mulakan dengan menjaga solat. Allah akan jaga abang dunia dan akhirat. Kelihatan abang tadi menangis.
Beberapa anak muda pengkid pun minta nasihat. Mereka sebak dan ucapkan terima kasih kerana mereka masih solat sebab ustaz ajar begitu. Dia ada dengar dekat instagram.
Mereka menangis. Terima kasih kerana sudi nasihat kami, kami ingin menjadi baik dan dekatkan diri kepada Allah. Yang kerja tepi lorong pun datang dan minta nasihat.
“Ya Allah terimalah amalan sedikit saya ini agar menjadi asbab hidayah buat mereka. Baik-baik semuanya.”
Syukur sangat dapat buat dakwah di sini walaupun jam menunjukkan 11 malam. Ramai betul bergambar dengan saya dan minta nasihat. 2 pagi baru selesai semuanya. Allahuakbar.
No comments: