Tunang Percaya Ada Hikmah Menanti Di Sebalik Kematian Kristoff St. John
Pelakon Kristoff St. John, 52, telah ditemui mati di kediamannya yang terletak di San Frenando Valley, California pada 3 Februari lalu dipercayai akibat bunuh diri.
Rentetan kejadian itu, tunang mendiang iaitu Kseniya Mikhaleva turut berasa terpukul berikutan kematian mengejut bintang realiti televisyen The Young and The Restless itu.
Semalam, model kelahiran Rusia ini dilihat telah memulakan minggu pertamanya semenjak kematian Kristoff mengekpresikan rasa bersyukur dengan semua perkara yang masih dimiliki menerusi gambar selfie yang dimuat naik ke Instagramnya.
“Setiap pagi, saya memulakan hari dengan bersyukur kepada alam ini kerana masih memberikan saya satu hari yang lebih indah dan luar biasa.
“Setiap pagi, saya meluangkan lima hingga sepuluh minit untuk mengucapkan terima kasih kerana mimpi yang baik, untuk tubuh saya, rumah saya, haiwan kesayangan saya, kawan saya, untuk perkara-perkara penting yang saya miliki, untuk segala-galanya yang menanti saya pada sebelah petang.
“Kesimpulannya, saya selalu meminta diberikan kehidupan ini dengan lebih pengetahuan, lebih pemahaman, sehingga kehidupan saya terus berkembang. Semakin banyak kita lihat, semakin banyak kita tahu, semakin mudah hidup kita, saya percaya masa depan yang cerah menanti saya,” tulisnya di ruang kapsyen gambar berkenaan.
Terdahulu, selepas kematian Kristoff diumumkan, Kseniya dilihat bersedih dan berkabung dengan memuat naik gambar bersama tunangnya itu namun dia telah memadamkannya baru-baru ini. – KopiPlanet.com
The post Tunang Percaya Ada Hikmah Menanti Di Sebalik Kematian Kristoff St. John appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: