Ads Top

Peminat Berang Running Man Keterlaluan Hukum Song Ji Hyo

Pelakon Song Ji Hyo dipaksa oleh kru produksi untuk menghadapi hukuman yang sangat menakutkan dalam episod Running Man baru-baru ini.

Ji Hyo beserta pasukannya iaitu Ha Dong Hoon (HaHa), Kim Jong Kook dan Lee Kwang Soo diberi masa lima minit untuk membuat pemilihan ahli yang akan diselamatkan daripada menerima hukuman kerana gagal menyelesaikan misi.

Ji Hyo kemudiannya dipilih menerima hukuman dengan meletakkan tangan di dalam sebuah kotak berisi serangga yang menyebabkan dia berasa takut lantas mengalirkan air mata ketika berhadapan cabaran itu.

Rata-rata netizen mengkritik kru produksi Running Man kerana melakukan hukuman yang berlebihan sehingga jelas menampakkan wajah Ji Hyo yang begitu trauma dengan serangga itu.

“Pihak produksi sangat keterlaluan. Adakah mereka menyangka kami terhibur melihat kesakitan dan penderitaan seseorang? Apa masalah dengan kru produksi ini?

“Ji Hyo sudah jelas mahu menangis. Kru produksi perlu mengawal tahap hukuman. Ini sudah melampau,” tulis salah satu komen daripada netizen. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.