Difitnah Leher Penuh Gigitan Cinta, Zara Zya Tuntut Blogger Mohon Maaf
Pelakon Zara Zya menerusi entri di laman Instagramnya hari ini menuntut penulis di sebuah laman blog untuk memohon maaf secara terbuka kepadanya menerusi satu artikel yang didakwa telah memfitnahnya.
Zara atau nama lengkapnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 34, berkata tajuk tersebut secara terang-terangan berbentuk fitnah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Menurut pelakon drama Monalisa itu, dia telah merujuk kepada peguam peribadinya, Datuk Hifdzi Hamzah berhubung perkara tersebut dan pihaknya menggesa penulis blog itu untuk menurunkan artikel tersegbut dalam masa tiga hari.
“Terdapat satu posting bertajuk ‘Hari Kekasih Kantoi Leher Zara Zya Penuh Love Bite? melalui blog Kami di Facebook yang cuba menjatuhkan reputasi Zara.
“Kenyataan fitnah tersebut langsung tidak berkaitan dengan isi kandungan artikel tersebut. Zara percaya blogger tersebut cuba mendapatkan populariti murahan dengan tajuk-tajuk sensasi namun ianya jelas satu fitnah dan menjatuhkan nama baik Zara.
“Tajuk tersebut jelas memberikan gambaran negatif dan menimbulkan salah faham sekiranya pembaca hanya membawa catjuk tanpa membaca isi kandungan seluruhnya.
“Zara meminta blogger tersebut memadamkan posting tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa tiga hari atau Zara akan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama baik dan reputasi Zara.
“Fitnah tersebut turut memberikan kesan buruk kepada imej keluarga dan perniagaan Zara. Zara berharap pihak-pihak di luar sana tidak mengambil kesempatan di atas populariti seseorang artis untuk kepentingan peribadi,” tulisnya.
Sementara itu, Zara turut mempersoalkan tindakan penulis yang meletakkan gambar pelakon Zarina Zainuddin yang dijadikan sebagai muka depan yang tiada kena-mengena tajuk blog tersebut.
Rata-rata netizen meninggalkan komen mereka bersetuju dengan tindakan Zara yang mahu membawa perkara ini ke muka pengadilan agar dapat memberi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat. – KopiPlanet.com
The post Difitnah Leher Penuh Gigitan Cinta, Zara Zya Tuntut Blogger Mohon Maaf appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: