Ads Top

Lisa BLACKPINK Miliki Aset Bernilai RM82, 000 Bagi Kamera Persendirian

Penyanyi daripada kumpulan idol Kpop BLACKPINK iaitu Lisa sangat dikenali sebagai seorang jurugambar yang sangat baik dikalangan peminatnya menerusi foto-foto yang diambil kerana Lisa turut memiliki lulusan professional dalam bidang berkenaan.

Hal tersebut dibuktikan menerusi gambar rakan-rakannya sendiri dari kumpulan BLACKPINK yang diambil oleh Lisa dan kesemua mereka seolah-olah melalui sesi fotografi yang sangat cantik.

Justeru itu, dengan kemahiran tersebut, rata-rata peminat mengesyaki bahawa Lisa memiliki banyak kamera yang berlainan jenis dan hal tersebut sangat mengejutkan apabila dirinya memiliki aset persendirian bernilai lebih RM82,000 (US$20,000) bagi kamera-kamera sahaja.

Kebanyakkan kamera yang dimiliki oleh Lisa dihadiahkan oleh para peminatnya dan sebahagian daripadanya pula telah dibeli sendiri. Antara kamera termahal dimiliki olehnya adalah bernilai RM16,382 (US$4,000) daripada jenama Leica. -KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.