Inilah Keputusan Juara AJL 33 Anugerah Juara Lagu
Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) kini berada di kemuncaknya apabila finalis terdiri daripada senarai dua belas buah lagu yang layak ke final akan berentap di pentas konsert akhir AJL33 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 3 Februari 2019 bermula pukul 9 malam
Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) bakal mencipta kelainan dan memberi signifikasi terhadap gabungan fesyen dan muzik yang dianggap sinonim dengan dunia seni.
Bertemakan Dalam Proses, AJL 33 akan dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, menggandingkan Alif Satar dan Sherry Alhadad sebagai pengacara
12 lagu yang akan berentap di pentas final AJL33 adalah Siti Sarah (Semakin), Ara Johari (Bunga), Syamel (Kau Pun Sama), Misha Omar (Sampai Bila), Hael Husaini & Dayang (Haram), Khai Bahar (Luluh) dan Altimet (Bunga).
Turut bertanding, Haqiem Rusli ft Aman RA (Jatuh Bangun), Amylea X Kaer (Tak Pernah Hilang), Hael Husaini (Hajat), Sufian Suhaimi (Di Matamu) dan Siti Nordiana & Jaclyn Victor (Nisan Cinta).
Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi
Vokal Terbaik: Misha Omar
Tempat Ketiga: Misha Omar
Naib Juara: Ara Johari
Juara: Hael Husaini & Dayang
Tahniah kepada pemenang-pemenang!!
Kesemua persembahan akhir AJL 33 akan diadili oleh barisan juri profesional seperti Datuk Mokhzani Ismail, LY, Manan Ngah, Helen Yap, Azmeer
Pemenang bagi Persembahan Terbaik ditentukan berdasarkan undian peminat yang dibuka secara atas talian (online) menerusi laman sesawang, http://bit.ly/2SlZM9I
Berikut adalah paparan keputusan senarai pemenang pertandingan Anugerah Juara Lagu yang berlangsung pada hari Ahad, 3 Februari 2019






No comments: