Ads Top

Bekas Ahli Parlimen Belanda, Joram Van Klaveren Akhirnya Memeluk Islam

Bekas Ahli Parlimen Belanda, Joran Van Klaveren hari ini dikhabarkan telah memeluk Islam. Beliau yang merupakan orang kuat kepada Parti Kebebasan (PVV) diketuai oleh ahli politik anti-Islam Geert Wilders suatu masa dahulu pernah berkata bahawa “Islam ialah suatu penipuan” dan “Islam adalah racun”.

Setelah tujuh tahun berkempen menentang Islam di dewan rakyat, beliau mengakui bahawa beliau sebenarnya silap sangka tentang Islam.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini saya sentiasa merasa benci kepada Islam, dan sebagai orang yang sentiasa ‘mencari’ Tuhan, saya sentiasa berasa tidak tenang. Namun, lama kelamaan perasaan itu hilang. Dan kini saya berasa seperti pulang ke ‘rumah’ dalam erti kata agama”

Keputusan untuk memeluk Islam itu dibuat ketika beliau dalam proses menulis buku untuk menyerang Islam.

“Ketika menulis buku tersebut, saya menemui banyak perkara yang membuatkan pandangan buruk saya tentang Islam goyah”

Beliau melakukan penghijrahan yang sama seperti bekas pegawai PVV yang lalu, Arnoud van Doorm yang memeluk Islam pada tahun 2012.




No comments:

Powered by Blogger.