Ads Top

Ayat Win Dari Aeril Zafril Bila Tengok Sajat Dan Coach Yin Menari Di Kawasan Bersalji

Semalam, penyanyi dan usahawan, Sajat ada berkongsi videonya menari bersama Coach Yin di kawasan pergunungan salji.

Video tersebut telah menarik perhatian ramai termasuklah pelakon, Aeril Zafril.

Katanya, dia seperti mendengar sesuatu yang pelik di dalam video berkenaan.

Kenyataan tersebut telah dikongsikan oleh Aeril menerusi laman Twitter miliknya.

“Cuba dengar betul-betul minit ke 0.31. Macam bunyi orang tengah lawan pedang,” tulisnya.
Bagaimanapun, sehingga kini MH sendiri tidak faham maksud tersirat disebalik tweet tersebut.

Setakat ini, tweet tersebut telah mendapat hampir 2000 ‘retweets’ dan turut dihujani komen pelbagai daripada netizen.

Alahai, ada sahaja cara Aeril untuk mengusik rakan artis ni ye! Apa-apa janganlah kita membuat sebarang spekulasi kerana kemungkinan mereka hanya bergurau sahaja.

“Aku Rasa Dia Bukan Artis, Tapi Bawangrians,”- Komen ‘Membawang’ Di Twitter, Aeril Zafrel Kena Perli

Memuatnaik komen mengenai sebuah artikel yang melibatkan ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib, netizen dilihat cukup terhibur dengan sikap ‘bawang’ Aeril Zafrel.

Kata netizen, Aeril tidak ubah seperti ‘masyarakat bawang’ lain yang suka meninggalkan komen berbentuk lucu dan sindiran.

“@aerilzafrel ni aku tak rase dia artis bila kat twitter. Dia memang bawangrians ahh kat twitter,” komen netizen.

Malah, ungkapan popular iklan ‘anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala’ turut menjadi bahan membalas kembali kapsyen pelakon popular itu.

Wajah individu di belakang ahli politik itu juga turut menjadi perbualan. Kata mereka, saling tidak tumpah seperti penyanyi rap, Altimet.

Sumber: Twitter Aeril Zafril

sumber: MediaHiburan




No comments:

Powered by Blogger.