Ads Top

Tindakan Yang Akan Diambil Untuk Kes Polis Kasari Peniaga Burger

SEREMBAN: Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung kes peniaga burger yang mendakwa dituumbuk dan diacukan pist0l oleh seorang pegawai polis di Seremban sehingga videonya tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Thiew Hock Poh berkata, kertas siasatan telah dihantar kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kertas siasatan sebelum ini dibuka mengikut Seksyen 323 dan 353 Kanun Keseksaan sebelum diubah kepada Seksyen 160 kerana berg4duh di tempat awam.

“Kita akan mengambil tindakan susulan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan bagi kedua-dua pihak dalam masa terdekat. Siasatan juga masih diteruskan terhadap pegawai polis terbabit di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard,” kata Thiew.

Baru-baru ini, tular video seorang peniaga burger yang dilihat dituumbuk oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya pegawai polis, di Taman Rasah Jaya, Seremban.

Dalam kejadian 9 Januari itu, pergelutan berlaku apabila peniaga burger berkenaan enggan memberikan kad pengenalannya kepada dua orang lelaki yang mendakwa diri mereka pegawai polis.

Pengadu enggan memberikannya kerana mereka tidak menunjukkan kad kuasa polis dan kemudian salah seorang daripada mereka bertindak menuumbuknya.

Mangs4 kemudiannya membuat laporan polis pada hari sama.

Thiew mengesahkan dua pegawai berkenaan merupakan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).

Tambahnya, pengguna media sosial yang menularkan video berkenaan turut akan diambil tindakan jika terdapat aduan.

Kertas siasatan peniaga ditumbuk pegawai polis diserah kepada DPP
SEREMBAN 22 Jan. – Kertas siasatan kes seorang peniaga burger di Taman Rasah Jaya dekat sini yang mendakwa dituumbuk dan diacukan pistol oleh seorang pegawai polis telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, polis juga akan mengambil tindakan susulan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan ke atas kedua-dua pihak yang terlibat dalam kes itu.

“Pegawai polis dari Bukit Aman yang terlibat dalam kes itu turut disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

“Kami tiada kompromi dalam kes ini dan menjalankan siasatan yang telus serta adil ke atas kedua-dua pihak,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Seremban, di sini hari ini.

Peniaga burger berusia 30 tahun itu telah membuat laporan polis pada 9 Januari lalu mendakwa dua lelaki telah datang ke gerai burger beliau kira-kira pukul 1.30 pagi hari berkenaan dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis.

Dua lelaki itu telah meminta kad pengenalan pengadu untuk diperiksa tetapi tidak diberikan dengan alasan mereka tidak menunjukkan kad kuasa polis.

Pengadu juga menyatakan salah seorang lelaki itu kemudiannya telah menuumbuk mukanya dan berlaku pergelutan antara mereka.

Rakaman video kejadian itu turut tular dalam media sosial baru-baru ini.

Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd




No comments:

Powered by Blogger.