Ads Top

Noorkhiriah Dedahkan Kenapa Dia Enggan Kongsi Gambarnya Bersama Amyra Rosli

Noorkhiriah Ahmad Shapie, 42, berkata, dia cuba untuk mengelak daripada menayang aurat wanita lain di laman sosial Instagramnya.

PELAKON Noorkhiriah menjelaskan dia tidak memuat naik foto bersama pelakon utama watak Nur iaitu Amyra Rosli disebabkan ingin menjaga aurat wanita itu.

“Kalau saya sibuk menjaga aurat saya takkanlah sesuka hati saya nak pamerkan aurat orang lain di sini.

“Walaupun banyak pendapat tapi saya ambil pendekatan untuk elak mempamerkan aurat wanita lain dalam IG saya,” ujarnya.

Noorkhiriah menjawab pertanyaan seorang individu yang mempersoalkan mengapa dia hanya memuat naik foto bersama pelakon yang membawakan watak Ustaz Hamadi iaitu Azhan Rani berbanding heroinnya Amyra Rosli.

Tambahnya, dia akan meminta izin dahulu kepada mana-mana wanita yang tidak menutup aurat jika terdapat dalam video atau foto yang ingin dikongsi di laman sosialnya.

Noorkhiriah membawa watak Aishah dalam drama popular Nur yang ditayangkan pada Ramadan tahun lalu.

Katanya, dia tidak mahu menambah dosa jika melakukan perkara berkenaan.

“Jangan main-main, sehelai rambut pun tetap akan diazab hanya kerana tak fasal-fasal dosa saya bertambah. Sudahlah saya ini pendosa yang ingin ke syurga. Ingat syurga ini murah?,” ujarnya.

Drama Nur 2 sedang menjalani penggambaran yang turut melibatkan beberapa pelakon popular lain iaitu Syafiq Kyle, Datuk Jalaludin Hassan dan Fatimah Abu Bakar.

Dikecam Lakonkan Babak Intim Dengan Fendy Bakry, Amyra Rosli Tak Kisah

Pelakon cantik, Amyra Rosli tak kisah apabila ada kritikan yang mengecam dirinya yang menjayakan babak intim bersama pelakon Fendy Bakry.

Drama bersiri lakonan Amyra dan Fendy, Kan Kukejar Cinta Kamu sedang hangat ditayangkan di slot Megadrama.

“Saya akui, drama bersiri ini memerlukan saya melakonkan babak-babak mesra dengan Fendy, seperti contoh, babak berdua atas katil.

“Babak atas katil tu, mungkin di kaca televisyen nampak agak rapat tapi sebenarnya kami duduk berjauhan. Teknik kamera digunakan untuk merealisasikan babak itu agar ia kelihatan natural.

“Babak menari dan beberapa babak lain yang memerlukan karakter kami berdua berada sangat rapat pun digantikan dengan orang lain.

“Saya tak kisah bila ada orang bercakap kerana apabila suami dan keluarga saya tahu cara kami bekerja, itu sudah memadai. Asalkan mereka mengetahui situasi sebenar,” kata Amyra.

SUMBER:MSTAR&GEMPAK




No comments:

Powered by Blogger.