Ads Top

“Mulanya Ingatkan Bunyi Degusan Seperti Haiwan Mengawan, Sekali Masuk Dalam Semak…” – Penemuan Ini Mengemparkan Penduduk

PEKEBUN terkejut apabila menemui seekor ular sawa sepanjang enam meter dengan berat dianggarkan 120 kilogram melingkar di bawah longgokan kayu di kebunnya di Kampung Tanjung Kala, di Gerik, hari ini.

“Ingatkan bunyi binatang mengawan sebab pelik, sekali tengok rupanya ular sawa sebegitu besar,” kata pekebun berusia 37 tahun itu.

Difahamkan, ular berkenaan adalah antara ular terbesar yang pernah ditangkap di Perak berdasarkan saiz dan beratnya.

Seramai tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Perak terpaksa berjalan kaki selama dua jam memikul ular sawa seberat lebih 100 kilogram di Kampung Tanjung Kala, Gerik, Perak.

Salah seorang anggota APM terlibat, Koperal Muhammad Zulfikar Mohd. Fizi berkata, anggota menyangka haiwan tersebut bersaiz kecil namun ternyata saiznya sangat besar dan anggota terpaksa menggunakan dua penjerut untuk membawanya keluar dari semak.

“Ular itu bertindak agresif pada awalnya dan kesemua anggota terpaksa berusaha dengan kuat untuk menangkapnya.

“Proses membawanya pula mengambil masa dua jam apabila haiwan tersebut sangat berat dan kami terpaksa berhenti seketika sebelum meneruskan usaha membawa keluar ular berkenaan,” katanya.

Pegawai Operasi APM Hulu Perak, Muhd Fais Razi berkata, dia bersama enam anggota APM kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dan menemui ular sawa itu di bawah longgokan kayu.

Katanya, pihaknya pada mulanya menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan ular berkenaan disebabkan keadaan lokasi yang dipenuhi semak samun serta saiz ular yang sangat besar.

“Anggota kemudiannya menggunakan peralatan untuk mengeluarkan ular berkenaan dan reptilia itu berjaya dikeluarkan dalam operasi memakan masa selama dua jam,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurutnya, ular berkenaan diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Daerah Hulu Perak untuk tindakan lanjut.

Ular sawa betina sepanjang enam meter itu ditemui penduduk kampung ketika menebas semak di kebun getahnya.

Anggota APM, Koperal (PA) Muhammad Zulfikar Mohd Fizi berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya anggota APM berjalan kaki selama 15 minit untuk ke lokasi berkenaan dan mendapati reptilia terbabit dalam keadaan melingkar sedang bersalin kulit.




No comments:

Powered by Blogger.