Haneesya Hanee Buka Mulut Setelah Gelaran Juara Dewi Remaja Ditarik Balik
Apa yang terjadi ada sebabnya, munkin perit untuk ditelan tetapi jadikan perkara yang buruk itu sebagai teladan dan muhasabah diri.
Juara Dewi Remaja Haneesya Hanee menerima dugaan yang besar dalam karier hidup beliau. Perkara yang menjadi tular (video di kelab malam) telah mengubah hidup dia 360 darjah.
Dikatakan video yang tular adalah video sebelum dia dianugerahkan Juara Dewi Remaja 2018/2019. Perkara tersebut telah berlaku sebulan sebelum acara itu. Ketika malam kemenangan Haneesya Hanee, dia berada di rumah keluarganya.
Respond Ibu Haneesya Hanee
Ibu kepada Haneesya, Nor Sakuraneeda tampil memberikan kenyataan berhubung penularan video tersebut di akaun Facebooknya. Menurut ibunya, sebelum ini dia mengawasi gerak-geri Haneesya dan akan sentiasa bersama walau kemana sahaja.
Kejuaraan Ditarik Balik Tapi Tiada Juara Baru
Artikel yang dipetik dari Media Hiburan, pihak Nu Ideaktiv telah mengadakan satu sesi media khas di Shah Alam.
Turut hadir Haneesya yang mengenakan pakaian serba hitam dilihat tenang, walaupun masih bersedih atas apa yang berlaku.
GELARAN Dewi Remaja 2018/2019 yang dimenangi oleh Haneesya Hanee di malam kemuncak Dewi Remaja, pada Ahad, telah ditarik balik kerana didapati telah melanggar kontrak Dewi Remaja.
Pengumuman tersebut dibuat di pejabat Nu Ideaktiv semalam. Serentak dengan itu juga, Haneesya turut menyerahkan mahkota kemenangan, trofi serta selempang Dewi Remaja.
Menurut Editor Remaja, Faiz Aiman, gelaran tersebut ditarik kerana Haneesya Hanee telah melanggar syarat-syarat Dewi Remaja seperti yang telah ditandatanganinya sebelum memasuki pertandingan ini.
“Pihak kami tidak berkompromi dengan perkara seperti ini kerana ia melibatkan reputasi jenama Dewi Remaja, majalah Remaja dan peserta yang lain juga.
“Oleh yang demikian, kami mengambil keputusan menarik balik gelaran tersebut daripada Haneesya Hanee,” katanya.
Tambah Faiz lagi, tempat Haneesya Hanee sebagai Dewi Remaja tidak akan diganti oleh penyandang kedua. Ini bermakna Dewi Remaja 2018/2019 tiada pemenang.
“Kami kesal dengan kejadian ini. Pun begitu, pihak kami akan terus menyokong kerjaya Haneesya Hanee biarpun tidak bergelar Dewi Remaja lagi,” jelasnya.
Ini Respond Haneesya Hanee Di Sidang Media Tersebut
Assalamualaikum, jauh dari sudut hati saya minta maaf. Saya mengaku itu salah, itu perbuatan saya dan sedar dengan sebarang keputusan yang bakal diambil pihak Remaja. Saya menerima keputusan penarikan balik gelaran dengan hati terbuka.
“Itu tindakan yang wajar malah sebelum sesi ini, saya sudah sedia untuk mengembalikan gelaran sebab tahu ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan jenama tersebut. Saya minta maaf sekali lagi,” katanya dalam linangan air mata.
Rujukan Artikel : Sinar Harian , Media Hiburan
Kredit: KL Viral
No comments: