Ads Top

Disebabkan Perkara Ini, Isteri Tergamak Simbah Petrol & Bakar Suami!

Dalam perkahwinan, kesetiaan, kejujuran dan kepercayaan pada pasangan amat penting untuk mengekalkan perhubungan. Jika mula terdetik rasa syak wasangka, itu bahaya. Apatah lagi, bila pasangan mula berahsia password telefon bimbit yang selama ini dikongsi bersama. Jangan ambil mudah, gara-gara password telefon bimbit, hubungan suami isteri boleh berantakan dan cetuskan pergaduhan. Malah lebih parah boleh akibatkan kematian!

Kejadian yang berlaku di Lombok baru-baru ini, seorang isteri membakar suaminya hidup-hidup selepas lelaki itu enggan memberikan kata laluan untuk memeriksa telefon bimbit miliknya.Tribun News melaporkan kejadian berlaku di Dusun Montong Bawi, Jerowaru, Lombok Timur di sini pada Sabtu lalu.

Syak Suami Curang

Menurut laporan itu, Dedi Purnama, 26, membaiki atap rumah sebelum isterinya Ilham Cahyani, 25, meminta kata laluan untuk membuka telefon bimbit milik suaminya.

Bagaimanapun, Dedi enggan memberitahu kata laluan untuk membuka telefon bimbit miliknya malah dia turut memarahi isterinya. Tidak cukup dengan itu, Dedi turut memukul isterinya selepas wanita berkenaan terus mendesak untuk memeriksa telefon bimbit itu.

Difahamkan, wanita itu mahu memeriksa telefon bimbit milik suaminya kerana mengesyaki lelaki itu berlaku curang.Ini kerana suaminya sering kali membawa telefon bimbit ke bilik air.

Siram Petrol & Nyalakan Api

Kerana berang dengan sikap suaminya, Ilham mengambil botol yang mengandungi minyak petrol, lalu menyimbah mangsa sebelum menyalakan api.

Lelaki itu yang terbakar hampir 80 peratus daripada keseluruhan badan terus berlari keluar rumah sebelum diselamatkan beberapa jiran yang mendengar jeritannya meminta tolong. Mangsa yang mengalami lecur yang serius segera dibawa ke sebuah pusat kesihatan masyarakat untuk rawatan.

Jurucakap polis Jerowaru, Abdurasyid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai isteri yang membakar suaminya kerana enggan memberikan kata laluan telefon bimbit.

“Mangsa dirawat di pusat kesihatan kerana lecur teruk di beberapa bahagian tubuh manakala isterinya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Terkini memetik News Detik, setelah 3 hari bertarung nyawa, lelaki tersebut dilaporkan telah meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami kecederaan parah.

MW: Gara-gara turutkan perasaan marah, macam-macam perkara diluar batasan boleh berlaku. Pesanan juga buat pada setiap pasangan, berlaku jujurlah, setia dan jangan sesekali curang dalam hubungan perkahwinan.

Sumber: hmetro, News Detik

The post Disebabkan Perkara Ini, Isteri Tergamak Simbah Petrol & Bakar Suami! appeared first on Mingguan Wanita.




No comments:

Powered by Blogger.