Amber Tampilkan Koleksi Aidilfitri Menerusi Kempen ‘AMBER EID’S TIME FOR LOVE’
Jenama fesyen tempatan, Amber telah memperkenalkan koleksi Aidilfitri terbaharunya menerusi kempen “AMBER EID’S TIME FOR LOVE” serta mempersembahkan koleksi eksklusif sulung Amber LUXE bagi musim Raya 2026.
Pelancaran ini menandakan kesinambungan perjalanan kreatif Amber selepas kejayaan koleksi Raya Romantics tahun lalu yang menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden dalam rekaan Aidilfitri.
Koleksi Raya Amber 2026 ini diperagakan oleh barisan Duta Amber iaitu Amira Othman, Fattah Amin, Nora Danish dan Hael Husaini yang mencerminkan kepelbagaian gaya serta keanggunan moden jenama tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Amber, Datuk Adzliana Hasan, koleksi Aidilfitri tahun ini diperkenalkan menerusi pendekatan yang lebih berteraskan emosi dan nilai bermakna, sejajar dengan aspirasi jenama untuk meraikan hubungan, warisan dan kebersamaan sempena Syawal.
“Kempen AMBER EID’S: TIME FOR LOVE adalah simbol kepada kasih sayang, warisan dan kebersamaan. Aidilfitri bukan sekadar tentang penampilan, tetapi tentang detik-detik bermakna bersama insan tersayang. Setiap rekaan dihasilkan dengan penuh ketelitian bagi memastikan ia bukan sahaja cantik digayakan, tetapi turut membawa nilai sentimental yang boleh dikenang dan diwariskan,” katanya.
Menurut Adzliana, tahun ini Amber membawa barisan duta Amber tahun ini Fattah Amin, Amira Othman, Nora Danish, Hael Husaini dan Scha Alyahya ke Istanbul untuk photoshoot campaign Raya.
“Pemilihan Istanbul kerana menepati ciri-ciri dan elemen yang kita cuba ketengahkan tahun ini, iaitu kota yang penuh dengan nilai budaya Islamic dan nostalgic.
Tambahan pula kita ada sesuatu yang istimewa untuk penonton setia di UTV khas daripada Istanbul,” katanya.

Amber Eid’s: Time for Love Collection
Bagi koleksi utama raya tahun ini, Amber menampilkan enam koleksi wanita dan dua koleksi lelaki, diinspirasikan daripada keindahan seni bina dan warisan Istanbul.
Koleksi Wanita
Koleksi ini meraikan keanggunan Istanbul melalui penggunaan fabrik ringan, siluet yang flowy, ruffle halus serta sulaman teliti, menjadikannya pilihan sempurna untuk momen Syawal yang penuh makna.
• Lalizar – Dinamakan sempena “Taman Tulip” Uthmaniyyah, rekaan ini menampilkan motif tulip diraja yang tegak dan elegan, melambangkan kehalusan serta warisan klasik yang abadi.
• AyaSofya – Diinspirasikan oleh kubah terapung Hagia Sophia, dengan potongan hadapan terbuka dan pleats accordion ikonik.
• Mihrimah – Diambil sempena nama satu-satunya puteri Sultan Süleyman, menampilkan kolar berlipat dan potongan lengan terbuka bak sinar matahari.
• Hürrem – Mencerminkan semangat sultana berpengaruh melalui peplum regal dan corak floral dari taman Harem Topkapı.
• İznik – Pakaian ringan yang meraikan seni seramik klasik İznik, dilengkapi bib beropol dan sulaman motif bunga istana.
• Sarayli – Bermaksud “Dilahirkan di Istana”, melambangkan kemewahan yang tenang dengan potongan ringan, lengan peasant lembut dan kolar tinggi berlipat yang anggun.
Koleksi Lelaki
Direka dengan gaya maskulin moden, koleksi lelaki menggunakan fabrik cotton yang selesa dengan potongan regular fit. Diilhamkan daripada corak sejarah Topkapı, ia menampilkan siluet santai dan palet warna earth tone yang sesuai untuk Raya mahupun pemakaian harian.
• Bosphorus – Gaya santai dengan kolar Hawaiian dan corak bunga halus, sesuai untuk penampilan moden.
• Rumeli – Menampilkan kolar formal kemas dengan motif floral abstrak, menggabungkan warisan klasik dan sentuhan moden yang elegan.

Amber LUXE: Luxe – An Interpretation Collection
Sebagai pelengkap kepada koleksi raya tahun ini, Amber turut memperkenalkan Amber LUXE, koleksi eksklusif sulung jenama tersebut yang digayakan oleh Hael Husaini dan wajah Amber, Scha Al Yahya.
Dihasilkan menggunakan satin mewah dan chiffon sutera ringan, koleksi ini dihiasi dengan lipatan kemas, ruffle romantik serta perincian reben yang menawan. Setiap busana melambangkan cinta, warisan dan dedikasi, dizahirkan melalui kemasan pembuatan yang teliti serta keanggunan yang berkekalan.
Dengan siluet kemas dan terukir indah, koleksi ini mencerminkan keindahan dalam kesederhanaan, menjadikannya busana istimewa yang layak menjadi warisan untuk detik Aidilfitri yang penuh makna.
Koleksi Wanita (5 rekaan):
Melis, Esma, Ruya, Ela, Leyla
Koleksi Lelaki – Set Baju Melayu Moden (3 rekaan):
Orhan, Azra, Demir
Semua koleksi Amber Raya 2026, termasuk Amber Eid’s: Time for Love Collection dan Amber LUXE: Luxe – An Interpretation Collection, boleh didapati di laman web rasmi mulai hari ini, dengan beberapa rekaan ditawarkan untuk pra-tempahan.
Pembelian secara fizikal pula boleh dilakukan di butik Amber yang baharu di IOI City Mall, Putrajaya, bermula 9 Februari ini.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Amber atau mengikuti Instagram @amber.officials.
The post Amber Tampilkan Koleksi Aidilfitri Menerusi Kempen ‘AMBER EID’S TIME FOR LOVE’ appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: