“Ya Saya Dah Habis Eddah…” Rebecca Nur Al Al Islam Akhirnya Jawab Tentang Status Rumah Tangga
Pelakon popular, Datin Rebecca Nur Al Islam akhirnya menjawab spekulasi mengenai status rumah tangganya yang menjadi bualan peminat dan netizen.
Dalam satu perkongsian di Insta Story, pelakon berkenaan memaklumkan bahawa ketika ini sudah tamat tempoh eddah.
“Ya saya dah habis Eddah,” tulis menerusi perkongsian berkenaan.
Dengan catatan berkenaan, ia sudah memberikan gambaran bahawa dia sudah pun bercerai dengan suaminya iaitu Datuk Nur Azman Sulaiman.
Ketika perkongsian dibuat, pelakon berkenaan dilihat dalam perjalanan ke Kota Mekah untuk menjalankan ibadah umrah.

Selain menyatakan tempoh eddahnya sudah tamat, Rebecca juga meminta maaf kerana tidak membalas lebih 1,000 pesanan What’s App yang dihantar kepadanya.
“Terima kasih mengambil berat tentang saya, InsyaAllah saya ok, keep doa untuk saya.
“Saya tak dapat jawab soalan anda yang terlalu banyak bertanya. Maaf, saya perlu ruang,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post “Ya Saya Dah Habis Eddah…” Rebecca Nur Al Al Islam Akhirnya Jawab Tentang Status Rumah Tangga appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: