Ads Top

Pertahankan Nama Baik, Asyraf Khalid Buat Laporan Polis… Pertimbang Ambil Tindakan Undang-Undang

Usahawan dan selebriti popular, Asyraf Khalid telah membuat satu laporan polis berhubung serangan yang berlaku terhadap dirinya berhubung satu teaser video di platform podcast Apa Cerita.

Asyraf berkata, laporan polis berkenaan dibuat bagi mempertahankan nama baik dia serta keluarga dan tidak membiarkan sesiapa menjatuhkan dirinya demi populariti murahan.

“Beberapa hari lalu, kami telah memuat naik satu video teaser bagi kandungan episod seterusnya. Dalam teaser tersebut, identiti tetamu tidak didedahkan. 

“Namun selepas ia dimuat naik, seorang pempengarh dikenali sebagai Caprice telah menerbitkan beberapa hantaran menyerang saya secara terbuka kerana menjemput tetamu berkenaan, yang menurutnya terlibat dengan pelbagai tuduhan kekerasan,” ujarnya.

Ujar Asyraf, hantaran-hantaran tersebut telah mencetuskan gelombang serangan berbentuk fitnah, penghinaan keterlaluan, dan tomahan yang menggugat maruahnya sebagai seorang insan dan ketua keluarga. 

Jelasnya lagi, dia telah cuba berhubung dengan Caprice secara peribadi untuk menjelaskan situasi sebenar.

“Saya bersama pasukan telah mengambil keputusan tidak menyiarkan siaran episod tersebut demi meredakan keadaan dan menjaga sensitiviti semua pihak. Namun begitu, Caprice tetap meneruskan siri hantaran-hantaran yang berniat menyerang dan menjatuhkan saya.

“Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah berniat mencetuskan kontroversi, apatah lagi mencabar mana-mana pihak,” ujarnya.

Jelasnya, gara-gara kontroversi berkenaan telah menyebabkan ramai yang mengecam dirinya dengan dakwaan pedofillia, body shaming serta kecaman melibatkan keluarganya.

“Apabila serangan demi serangan dilakukan secara tidak bertanggungjawab, bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada keluarga saya.

“Saya tidak boleh terus berdiam diri. Ini bukan lagi soal kandungan media sosial, ini soal maruah dan keselamatan,” tegasnya.

Selain sudah membuat laporan polis pada 31 Julai lalu di Balai Polis Pudu, Asyraf juga mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang terlibat.

Sementara itu, peguam kepada Asyraf iaitu Abdul Hakeem Aiman dari Wan Shahrizal, Hari & Co memaklumkan mereka sepakat satu tindakan sivil iaitu di bawah undang-undang fitnah untuk kes saman malu dan saman fitnah, bakal difailkan dalam masa terdekat.

“Namun begitu, buat masa ini kami tidak akan memberikan sebarang komen mengenai tindakan undang-undang tersebut kerana kita menghormati sistem kehakiman. 

“Sebaik sahaja tindakan sivil itu difailkan dan jika dibenarkan oleh Asyraf kami akan kongsikan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Pertahankan Nama Baik, Asyraf Khalid Buat Laporan Polis… Pertimbang Ambil Tindakan Undang-Undang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.