Midnight Fusic Bakal Muncul Dengan Konsert Perdana & Terbesar Di Acara ‘Midnight Fusic Forevermore 2025’
Ditubuhkan pada tahun 2013, Midnight Fusic sudah membikin komuniti peminat tersendiri malah membina nama di Malaysia dan luar negara.
Menimba pengalaman satu persatu melalui persembahan pentas, Midnight Fusic dianggotai Arif Kamarudin (vokal, gitar), Adrian Danial (vokal, gitar), Firdaus Azmi (bass), dan Muaz Rabbani (dram).
Muzik mereka menggabungkan pengaruh rock alternatif yang kuat dengan pop yang kaya, menampilkan cangkuk yang menarik, vokal emotif dan instrumentasi dinamik yang menarik minat peminat rock dan pendengar arus perdana.
Tahun 2024 menjadi tahun kerancakan pergerakan Midnight Fusic apabila empat jejaka ini memekarkan nama mereka di pelbagai pentas acara.
Berjalan dengan rangkaian Riuh, Midnight Fusic juga muncul di MLBB 8th Anniversary Music Part, YSL Beauty, Zus: Lokal Kasi Vocal serta Last Dinosaurs: Live In KL.
Selain memaknai pementasan dalam negara, Midnight Fusic juga muncul di Korea untuk acara Incheon Record Platform 2024 dan Newtro Rhythm Global Music Tour 2024.
Tahun-tahun terdahulu mereka pernah muncul di Indonesia melalui We The Fest dan di Singapura mulai Bay Beat. Malah mereka juga pernah menjadi pembuka acara Boys Like Girls Comes To Asia dan Lany Live In Kuala Lumpur.
Kemeriahan muzik Midnight Fusic berkumandang menjadi lebih rancak dengan kemunculan EP Modus Operandi pada 23 Mei 2025.
Terdahulu mereka pernah muncul dengan album dengan judul self-titled pada Februari 2021. Malah lagu Sandiwara yang dilancarkan pada 2020 menjadi salam pembuka kepada lagu Bahasa Melayu pertama Midnight Fusic.
Dengan segala peluru-peluru yang disediakan, 14 September 2025 menjadi satu tarikh tarikh penuh kemanisan seperti rasa Caramel Cream apabila band yang pernah muncul sebagai Band Of The Year di The Platform Awards 2020 ini muncul dengan konsert perdana mereka. Konsert pertama dan terbesar buat Midnight Fusic!

Konsert dengan judul Midnight Fusic Forevermore 2025 ini akan menjadi permulaan selamanya buat para peminat mereka yang akan memenuhi ruangan Zepp Kuala Lumpur mulai pukul 8.00 malam.
Dibawakan oleh OYOLLO ASIA, pihak penganjur merasakan tahun ini tahun yang bertuah untuk mengedepankan grup ini.
“OYOLLO ASIA berbangga menjadi penganjur Midnight Fusic Forevermore 2025, konsert solo pertama oleh Midnight Fusic. Sebagai sebuah syarikat Malaysia, kami bersemangat untuk menyokong bakat muzik generasi akan datang.
“Kami percaya Midnight Fusic mewakili generasi akan datang — kumpulan yang berani, berbakat tinggi dan tempatan dengan muzik tersendiri dan potensi global,” ujar Encik Kenny Wong, Pengarah Urusan OYOLLO ASIA yang menganggap bahawa konsert ini lebih daripada sekadar persembahan — ia merupakan perayaan belia, kreativiti dan bakat Malaysia, serta meraikan ulang tahun ke-10 Midnight Fusic.
OYOLLO ASIA menganggap bahawa muzik mereka, gabungan unik rock indie dan penceritaan yang menyentuh hati, telah menawan hati anak muda Malaysia sejak 10 tahun lalu.
“Kami amat berbesar hati untuk menyokong Midnight Fusic dalam perjalanan yang menarik ini dan menjemput semua peminat dan pencinta muzik untuk menjadi sebahagian daripada detik yang menentukan ini.
Ia akan menjadi malam yang istimewa, tidak pernah dilihat sebelum ini dan tidak dapat dilupakan pada 14 September 2025,” ujarnya.
Buat Midnight Fusic sendiri, inilah masanya mereka berkumpul dengan lebih dekat dengan para peminat yang selama ini menyokong perjalanan muzik mereka secara terangan atau diam-diam.
“”Kami membawakan senarai set, lagu dan visual baharu – keseluruhan pengalaman adalah sesuatu yang segar. Saya benar-benar teruja untuk berhubung dengan peminat kami dengan cara baharu ini.
Rancangan ini bukan sekadar gig lain; ia adalah lembaran baru untuk Midnight Fusic. Saya tidak sabar untuk bersama-sama dalam satu ruang dengan peminat kami di mana semua orang boleh berkumpul sebagai satu dan berkongsi perjalanan kami,” ujar Arif yang juga vokalis.
Malah buat Midnight Fusic, 14 September merupakan satu momen yang mereka sama-sama tunggu dan impikan selama ini atas kecintaan mereka terhadap muzik dan apresiasi terhadap sokongan peminat mereka.
“”Saya fikir ia adalah kerana keseluruhan konsep seperti kami membuat persembahan untuk peminat kami. Kami kembali dengan konsert ini sekali lagi dengan lebih banyak lagu baharu.
“Kami menyusun senarai set untuk mempunyai jalan cerita. Saya teruja untuk melalui perjalanan penceritaan itu, masa lalu Midnight Fusic dan mempamerkan perkara baharu juga.
Saya tahu momen terbaik adalah apabila lagu pertama dipersembahkan. Kami menjangkakan konsert ini menjadi sangat hype, momentum konsert menjadi sangat bagus, dan apabila lagu pertama diperdengarkan, semua peminat akan ‘tenggelam’ bersama. Kita semua akan senada — lagu, rentak, penonton, kita semua,” ujar Muaz yang merupakan pemain dram.
Pastinya ciri khas bunyi Midnight Fusic iaitu dinamik vokal antara Arif dan Adrian dalam mencipta gabungan suara unik membawakan kepelbagaian pada lagu ditambah dengan dengan kematangan bermuzik oleh Firdaus dan Muaz akan membuatkan malam itu malam yang pantas diingati selamanya.
Yang jelas, bukan sahaja muzik yang mereka persembahkan dalam durasi 90 minit tetapi para peminat perlu meneliti konsep dan warna serta bau yang bakal bercantum di Zepp kelak. Itu janji Midnight Fusic.
Oleh itu, dapatkan tiket Midnight Fusic Forevermore 2025 mulai 14 Julai 2025 pukul 3 petang di www.ticket2u.com.my pada harga Modus Operandi (Cat 4- Free Standing)- RM134, W.L.W.A (Cat 3- Free Standing)- RM174, Time Machine (Cat 2- Numbered seating)- RM224, Sandiwara (Cat 1- Free Standing) – RM224, Caramel Cream (VIP- free standing)- RM294 dan Cahayaku (VIP BOX- RM3844/ 10 pax per box).
Boleh rujuk media sosial @Oyollo.asia dan @midnightfusic bagi keterangan lanjut dan informasi faedah untuk para peminat bagi setiap kategori. – KopiPlanet.com
The post Midnight Fusic Bakal Muncul Dengan Konsert Perdana & Terbesar Di Acara ‘Midnight Fusic Forevermore 2025’ appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: