Ads Top

Isu Shila Amzah Diserang Penyanyi Legenda, Awie Desak Amy Search Cerita Perkara Sebenar

Penyanyi dan pelakon popular, Datuk Awie mendesak agar rakan penyanyi, Datuk Amy Search untuk menceritakan hal sebenar mengenai insiden Shila Amzah diserang seorang penyanyi legenda baru-baru ini.

Dalam satu posting di Akaun Facebook miliknya,

Awie mengakui penat apabila namanya dipetik segelintir netizen berhubung isu berkenaan.

Menurutnya, beliau kini berdepan tekanan mental apabila terpaksa menjawab pelbagai dakwaan dan spekulasi netizen yang dianggap tidak berasas.

“Amy Search, kau ceritalah benda yang betul. Habis semua manusia kepoh ini tuduh aku! Ambillah tanggungjawab ini, bagitahu perkara yang sebenarnya.

“Penat dan senak dada aku nak membaca dan menjawab hal kau,” luahnya.

Baru-baru ini polis mengesahkan menerima laporan daripada penyanyi terkenal Shila Amzah yang mendakwa dirinya diserang secara terbuka oleh seorang artis legenda semasa sesi latihan sebuah konsert.

Polis juga memaklumkan sudah merakam keterangan dua individu berhubung laporan yang dibuat dan tiada sebarang tangkapan buat masa ini. – KopiPlanet.com

The post Isu Shila Amzah Diserang Penyanyi Legenda, Awie Desak Amy Search Cerita Perkara Sebenar appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.